Bidang Bahasa dan Kesusasteraan

Bahasa dan Kesusasteraan

  1. Bahasa Yunani telah digunakan di wilayah dalam Yunani dan jajahan takluk Alexander the Great.
  2. Tokoh sastera Yunani yang terkenal ialah:
    1. Homer.
      1. Menghasilkan dua buah epik, iaitu Iliad dan Odyssey.
      2. Iliad dan Odyssey ialah kisah peperangan antara Achaea dengan Troy pada tahun 1 184 S.M..
      3. ilesiod (penyair Yunani) – menulis duabuah buku puisi, iaitu Theology dan Works and Days.
  3. Penulis dan penyajak Rom yang terkenal ialah Cicero dan Virgil.
  4. Kesusasteraan Rom bertujuan untuk meningkatkan se-mangat patriotisme.
  5. Semasa pemerintahan Augus-tus Caesar, kesusasteraan Rom mencapai zaman keagungan¬nya.
  6. Bahasa dan sastera masyarakat Tamadun India.
    1. Terdapat dua kelompok yang berbeza dalam masyarakat India, iaitu Dravidia di selatan India dan Indo-Arya.
    2. Kedua-dua kelompok  mempunyai budaya dan bahasa yang berbeza.
    3. Bahasa masyarakat Dravidia termasuklah Malayalam, Telegu, Kannada, dan sebagainya.
    4. Bahasa masyarakat Indo-Arya — bahasa dasarnya ialah bahasa Sanskrit yang kemudiannya melahirkan bahasa Hindi, Punjabi, Kasmiri, Urdu, dan sebagainya.
    5. Bahasa Sanskrit merupa-kan bahasa utama pada Zaman Vedik.
    6. Perkembangan dalam  bahasa secara langsung mempengaruhi perkem-bangan dalam bidang penulisan serta kesusasteraan.
    7. Di India, bidang kesusasteraan dibahagi kepada bentuk epik, vedik, dan sajak.
  7. Sastera agama Hindu dan Buddha telah dihasilkan. Antara epik yang terkenal ialah Mahabharata dan Ramayana.
  8. Mahabharata mengisahkan peperangan antara dua tentera, iaitu yang baik dan yang jahat.
  9. Ramayana merupakan cerita inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan pergaduhannya dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita.
  10. Bahasa persuratan Tamadun India ialah bahasa Sanskrit.
  11. Bahasa dan sastera masyarakat Tamadun China.
    1. Sejarah perkemhangan bahasa Tamadun China ku¬rang jelas.
    2. Perkara yang jelas ialah wujud tujuh dialek utama di China, iaitu Mandarin, Hunanis, Hakka, Kantonis, Kiangsi, Fukien, dan Wu.
    3. Perkembangan sastera adalah lebih nyata kerana ada sokongan daripada pihak kerajaan.
    4. Ssuma Chien telah memajukan bidang sastera prosa dengan karya yang berjudul Shih Chi semasa Dinasti Han.
    5. Hasil karyanya banyak mengisahkan sosial, sejarah, pemimpin, keraja-an, dan beberapa aspek ilmu pengetahuan dan menjadi ikutan dinasti seterusnya.
    6. Semasa Dinasti Tang, muncul beberapa tokoh puisi yang penting seperti Li Po, Po Chu-I, dan Tu Fu.
    7. Pada zaman Dinasti Han, sastera China merangkumi cerpen dan sajak.
    8. Di China, seseorang yang terpelajar patut berupaya bersajak untuk melahirkan pengetahuan dan pemikirannya.
  12. Bidang tulisan juga mengalami kemajuan, tulisan yang kita warisi kini berasal daripada tulisan orang Phoenicia.
  13. Tulisan ini disebarkan kepada orang Yunani patla tahun 800 S.M..
  14. Orang Yunani telah menam-bahkan huruf vokal kepada tulisan tersebut.
  15. Orang Rom telah mengubah suai tulisan itu menjadi tulisan Rom.
  16. Tulisan Rom tersebar ke Barat sehingga diterima oleh masyarakat Asia Tenggara dalam bentuk tulisan rumi.

Revision Notes

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Revision Notes

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Videos

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Leave a Comment