Sistem Sosial

Tamadun Yunani dan Rom

  1.  Organisasi sosial Tamadun Yunani.
    1. Di Athens, penduduknya terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu:
      1. Warganegara.
      2. Penduduk bukan warganegara.
      3. Golongan hamba.
    2. Warganegara Athens mempunyai hak dalam politik negara kota.
    3. Penduduk bukan warganegara dan golongan hamba tidak memiliki hak tersebut.
    4. Di Sparta, wujud tiga kelas sosial, iaitu:
      1. Kelas pertama — warganegara Sparta tulen.
      2. Kelas kedua — para pekerja.
      3. Kelas ketiga — helot.
  2. Sistem sosial Tamadun Rom:
    1. Sistem sosial terbahagi kepada tiga golongan, iaitu:
      1. Warganegara Rom — mereka yang terdiri daripada orang Rom.
      2. Bukan warganegara Rom — penduduk yang ditakluki.
      3. Golongan hamba.

Tamadunh Indus

  1. Sistem kasta wujud dalam Tamadun India.
  2. Sistem tersebut adalah institusi yang unik dan tidak wujud dalam tamadun dunia yang lain.
  3. Sistem tersebut mempunyai empat kasta utama, iaitu:
    1. Brahmin.
    2. Ksyatria.
    3. Vaisya.
    4. Sudra.
  4. Keempat-empat kasta ini mempunyai tanggung-jawab yang berlainan.
  5. Sistem kasta adalah darah daging sistem sosial India dan diikuti dengan ketat.
  6. Ciri-ciri sistem kasta ini ialah:
    1. Seseorang lelaki tidak boleh mengahwini wanita daripada kasta yang berlainan.
    2. Mereka tidak dibenarkan bercampur gaul dengan ahli kasta yang berlainan

Tamadun China

  1. Masyarakat China ter-bahagi kepada tiga kelas utama, iaitu:
    1. Golongan atasan — terdiri daripada lapisan pentadbir seperti  maharaja, keluarganya, pegawai bangsawan, dan sida-sida.
    2. Rakyat bawahan — terdiri daripada golongan petani dan artisan.
    3. Golongan hamba.
  2. Golongan bawahan (petani dan artisan) dan golongan hamba adalah kumpulan sokongan kepada golongan atasan.
  3. Confucius telah membahagikan masyarakat China kepada empat kelas utama, iaitu:
    1. Golongan teratas ialah sarjana — mereka terdiri daripada pegawai kerajaan yang berpendidikan.
    2.  Golongan petani — mereka ialah tulang belakang kepada ekonomi China.
    3. Golongan tukang.
    4. Golongan pedagang.
  4. Di China, seseorang boleh mengubah kelasnya kepada kedudukan yang lebih baik melalui pendidikan.

Leave a Comment