Seni Bina
- Pembinaan monumen yang besar dapat diabadikan sebagai pencapaian yang paling agung demi bangsa, agama, dan rajanya.
- Pembinaan monumen dapat dicapai kerana terdapat pemimpin yang berwibawa dan kual yang dapat menyatupadukan rakyat dan meningkatkan jati diri me-reka serta memberi keyakinan bahawa usaha mereka akan membawa kejayaan.
- Antara pembinaan yang agung termasuklah:
- Acropolis di Athens
- Pusat pentadbiran atau ibu negeri di Athens.
- Dalam acropolis, ter-dapat binaan yang menarik seperti teater, rumah berhala serta bangunan Parthenon.
- Parthenon di Athens.
- Rumah berhala untuk Dewi Athena.
- Dibina pada zaman pemerintahan Pericles.
- Dibina untuk meng-ingati kejayaan mem-bebaskan diri daripada kuasa Persia.
- Ukirannya ialah 69.5 meter x 30.88 meter.
- Aqueduct Rom.
- Saluran air pada zaman Tamadun Rom.
- Bekalan air dibawa dari sumbernya di gunung melalui saluran tersebut.
- Aqueduct yang terpanjang ialah di Marcia, iaitu 91 kilometer. Air disalurkan melalui saluran dalam tanah dan saluran dalam pintu gerbang.
- Teknologi aqueduct adalah berasaskan sistem graviti.
- Colloseum di Rom.
- Pembinaan bermula pada tahun 70-an Masihi dan selesai di-bina oleh Maharaja Flavian.
- Berbentuk kubah de-ngan ukuran tingginya 52 meter dan ukuran garis pusat luarnya 545 meter.
- Boleh memuatkan 50,000-80,000 penonton.
- Fungsinya adalah se-bagai tempat pahlawan Rom bertarung dan juga sebagai teater.
- Pantheon di Rom.
- Binaan berbentuk ku-bah yang terbesar di dunia, iaitu bergaris pusat 44 meter.
- Dibina pada zaman Maharaja Hadrian.
- Fungsinya adalah sebagai tempat memuja dan menyimpan patung dewa dan tempat menjalankan kerja awam.
- Tembok Besar China.
- Dibina oleh Maharaja Shih Huang Ti.
- Fungsinya adalah untuk mempertahankan wilayahnya daripada serangan orang Hun (nomad).
- Acropolis di Athens
- Di Rom, aqueduct dibina untuk membekalkan bekalan air kepada rakyatnya.
- Di China, Tembok Besar China dibina untuk tujuan pertahanan.
- Di India, stupa besar di Sanchi ialah untuk tujuan keagamaan.
- Di Yunani, acropolis dibina oleh Pericles untuk tujuan keagamaan dan sebagai pusat aktivitinya.
Seni bina Tamadun indus
- Mempunyai seni bina yang cemerlang dan peneliti¬an dibuat terhadap seni bina.
- Mempunyai binaan yang baik dan lengkap seperti binaan Great Bath.
- Seni bina berkembang ber¬dasarkan atau berunsurkan keagamaan.
- Terdapat banyak binaan yang berteraskan agama Buddha dan Hindu.
- Kompleks kuil di Gua Ajanta merupakan binaan yang sangat mengagumkan (mempunyai 20 buah kuil).
- Kompleks kuil di Gua Ellora mempunyai 28 buah kuil gua.
- Seni bina Buddha mem-punyai elemen geometri, iaitu bentuk segi empat dan bulat.
Seni bina Tamadun China
- Mempunyai reka bentuk seni bina yang berlainan daripada tamadun lain.
- Tembok Besar China di-bina dari Kansu ke Peking sepanjang 1500 batu.
- Bandar-bandar China purba dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu. Contohnya bandar Anyang, Changan, Loyang, dan Peking.
- Tembok-tembok di kawasan bandar lain dibuat daripada tanah liat dan batu-bata.
- Kampung-kampung juga mempunyai tembok yang dibuat daripada tanah lumpur.
- Setiap tembok mempunyai pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara.
- Kawasan di dalam tembok adalah kawasan kediaman maharaja China.
- Istana maharaja yang masih kekal sehingga hari ini ialah Kota Larangan.
- Istana tersebut mempunyai banyak dewan dan taman.
- Fungsi dewan ialah se-bagai balai penghadapan, tempat keraian, perjumpaan, dan hukuman.
- China juga mempunyai banyak kuil dan pagoda.
- Kuil-kuil ini terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal, pusat pemujaan, dan ruang tetamu.
- Pagoda ialah binaan yang mengagumkan, ia berben-tuk meninggi sehingga 15 tingkat.
- Pagoda mempunyai ben¬tuk oktagon atau segi empat sama lazimnya, tetapi bentuk ini tidak tetap bagi semua binaan dan tempat.
- Terdapat pelbagai jenis pintu gerbang, tembok, dan jambatan dalam seni bina China.
- Dalam seni bina India pula, terdapat menara pelbagai bentuk seperti kubah, kon, dan pagoda.