Sains dan Teknologi

Revision Notes

  1. Sains dan teknologi telah berkembang maju dalam tamadun awal.
  2. Antara hidang yang mengalami kemajuan ialah astronomi, matematik, perubatan, dan teknologi seperti tteknologi membuat kertas dan perahu.
  3. Kemajuan boleh berlaku kerana ahli sains dan teknologi merujuk kepada pengetahuan yang sedia ada dalam Tamadun Mesopotamia (Babylon) dan Mesir Purba serta mengembangkan ilmu-ilmu tersebut.
  4. Thales (tokoh matematik Yunani) telah mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba.
  5. Pythagoras (tokoh matematik Yunani) yang memperkenalkan Teorem Pythagoras telah mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba dan Babylon.
  6. Tokoh sains dan matematik Yunani yang terkenal.
    1. Hippocrates (tokoh sains).
      1. Terkenal sebagai Bapa Perubatan.
      2. Dikenang kerana kaitan-nya dengan profesion perubatan moden iaitu Sumpah Hippocrates.
      3. Dianggap pakar dalam bidang anatomi.
    2. Archimedes (tokoh matematik dan fizik). 
      1. Sumbangan dalam teori berhubung dengan isi-padu air dan graviti.
    3. Ptolemy tokoh utama dalam bidang astronomi.
  7. Tokoh Tamadun Rom.
    1. Boethius (tokoh matematik).
      1. Asas matematiknya di-petik daripada Tamadun Yunani.
      2. Mengaitkan matematik dengan astronomi, geometri, dan muzik.
  8. Sains dan teknologi  Tamadun India.
    1. Sains dan teknologi adalah cabang kepada pengetahuan Vedik.
    2. Pengetahuan mengenai  astronomi boleh diambil daripada Rig Veda.
    3. Ilmu matematik telah berkembang maju pada Zaman Gupta.
    4. Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri dan memperkenalkan sistem nombor iaitu angka Brahmin dan angka Kharosti.
    5. Tamadun Yunani juga mempunyai sistem angka, iaitu herodianic dan ionic.
    6. Dua orang tokoh matematik India ialah Aryabhata dan Varahamihira.
    7. Ilmu perubatan wujud dalam Tamadun India.
    8. Ilmu perubatan berkembang kerana masyarakat cenderung dalam fisiologi yang mempunyai kaitan dengan yoga.
  9. Sains dalam Tamadun China.
    1. Tamadun China menganggap astronomi sebagai ilmu sains negara.
    2. Ilmu perubatan juga penting dalam Tamadun China.
    3. Konsep keseimbangan antara dua kuasa iaitu Yin (kuasa pasif) dan Yang (kuasa aktif) yang membolehkan seseorang berkeadaan sihat telah digunakan dalam asas perubatan tradisionalnya.
  10. Beberapa penciptaan telah wujud dalam tamadun awal, antaranya teknologi membuat kertas, tembikar, layar perahu, dan kapal.
  11. Dalam Tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba, perahu dan kapal layar telah wujud.
  12. Penciptaan tersebut telah meningkatkan perhubungan antara clua kawasan serta
    antara sebuah negara dengan sebuah negara yang lain.
  13. Ilmu pelayaran telah mening-kat dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan perahu yang lebih besar dalam Tamadun Yunani, Rom, India, dan China.
  14. Kesan penciptaan perahu layar.
    1. Aktiviti perdagangan laut meningkat.
    2. Perahu layar menjadi alat pengan.gkutan penting  dalam peperangan, khasnya, pada zaman perluasan kuasa dan pembentukan empayar Rom.



Leave a Comment