Bidang Seni Bina

Seni Bina

  1. Pembinaan monumen yang besar dapat diabadikan sebagai pencapaian yang paling agung demi bangsa, agama, dan rajanya.
  2. Pembinaan monumen dapat dicapai kerana terdapat pemimpin yang berwibawa dan kual yang dapat menyatupadukan rakyat dan meningkatkan jati diri me-reka serta memberi keyakinan bahawa usaha mereka akan membawa kejayaan.
  3. Antara pembinaan yang agung termasuklah:
    1. Acropolis di Athens
      1. Pusat pentadbiran atau ibu negeri di Athens.
      2. Dalam acropolis, ter-dapat binaan yang menarik seperti teater, rumah berhala serta bangunan Parthenon.
    2. Parthenon di Athens.
      1. Rumah berhala untuk Dewi Athena.
      2. Dibina pada zaman pemerintahan Pericles.
      3. Dibina untuk meng-ingati kejayaan mem-bebaskan diri daripada kuasa Persia.
      4. Ukirannya ialah 69.5 meter x 30.88 meter.
    3. Aqueduct Rom.
      1. Saluran air pada zaman Tamadun Rom.
      2. Bekalan air dibawa dari sumbernya di gunung melalui saluran tersebut.
      3. Aqueduct yang terpanjang ialah di Marcia, iaitu 91 kilometer. Air disalurkan melalui saluran dalam tanah dan saluran dalam pintu gerbang.
      4. Teknologi aqueduct adalah berasaskan sistem graviti.
    4. Colloseum di Rom.
      1. Pembinaan bermula pada tahun 70-an Masihi dan selesai di-bina oleh Maharaja Flavian.
      2. Berbentuk kubah de-ngan ukuran tingginya 52 meter dan ukuran garis pusat luarnya 545 meter.
      3. Boleh memuatkan  50,000-80,000 penonton.
      4. Fungsinya adalah se-bagai tempat pahlawan Rom bertarung dan juga sebagai teater.
    5. Pantheon di Rom.
      1. Binaan berbentuk ku-bah yang terbesar di dunia, iaitu bergaris pusat 44 meter.
      2. Dibina pada zaman Maharaja Hadrian.
      3. Fungsinya adalah sebagai tempat memuja dan menyimpan patung dewa dan tempat menjalankan kerja awam.
    6. Tembok Besar China.
      1. Dibina oleh Maharaja Shih Huang Ti.
      2. Fungsinya adalah untuk mempertahankan wilayahnya daripada serangan orang Hun (nomad).
  4. Di Rom, aqueduct dibina untuk membekalkan bekalan air kepada rakyatnya.
  5. Di China, Tembok Besar China dibina untuk tujuan pertahanan.
  6. Di India, stupa besar di Sanchi ialah untuk tujuan keagamaan.
  7. Di Yunani, acropolis dibina oleh Pericles untuk tujuan keagamaan dan sebagai pusat aktivitinya.

Seni bina Tamadun indus

  1. Mempunyai seni bina yang cemerlang dan peneliti¬an dibuat terhadap seni bina.
  2. Mempunyai binaan yang baik dan lengkap seperti binaan Great Bath.
  3. Seni bina berkembang ber¬dasarkan atau berunsurkan keagamaan.
  4. Terdapat banyak binaan yang berteraskan agama Buddha dan Hindu.
  5. Kompleks kuil di Gua Ajanta merupakan binaan yang sangat mengagumkan (mempunyai 20 buah kuil).
  6. Kompleks kuil di Gua Ellora mempunyai 28 buah kuil gua.
  7. Seni bina Buddha mem-punyai elemen geometri, iaitu bentuk segi empat dan bulat.

Seni bina Tamadun China

  1. Mempunyai reka bentuk seni bina yang berlainan daripada tamadun lain.
  2. Tembok Besar China di-bina dari Kansu ke Peking sepanjang 1500 batu.
  3. Bandar-bandar China purba dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu. Contohnya bandar Anyang, Changan, Loyang, dan Peking.
  4. Tembok-tembok di kawasan bandar lain dibuat daripada tanah liat dan batu-bata.
  5. Kampung-kampung juga mempunyai tembok yang dibuat daripada tanah lumpur.
  6. Setiap tembok mempunyai pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara.
  7. Kawasan di dalam tembok adalah kawasan kediaman maharaja China.
  8. Istana maharaja yang masih kekal sehingga hari ini ialah Kota Larangan.
  9. Istana tersebut mempunyai banyak dewan dan taman.
  10. Fungsi dewan ialah se-bagai balai penghadapan, tempat keraian, perjumpaan, dan hukuman.
  11. China juga mempunyai banyak kuil dan pagoda.
  12. Kuil-kuil ini terdiri daripada beberapa  buah bangunan yang merangkumi tempat  tinggal, pusat pemujaan, dan ruang tetamu.
  13. Pagoda ialah binaan yang mengagumkan, ia berben-tuk meninggi sehingga 15 tingkat.
  14. Pagoda mempunyai ben¬tuk oktagon atau segi empat sama lazimnya, tetapi bentuk ini tidak tetap bagi semua binaan dan tempat.
  15. Terdapat pelbagai jenis pintu gerbang, tembok, dan jambatan dalam seni bina China.
  16. Dalam seni bina India pula, terdapat menara pelbagai bentuk seperti kubah, kon, dan pagoda.

Leave a Comment