Ciri-ciri Tamadun

  1. Berikut ialah ciri-ciri utama satu tamadun
    1. petempatan kekal
    2. kehidupan berorganisasi
    3. sistem pemerintahan
    4. pengkhususan pekerjaan
    5. agama dan kepercayaan
    6. bahasa dan sistem tulisan

Petempatan Kekal

  1. Masyarakat hidup di satu tempat yang tetap . Biasanya tempat itu mempunyai bekalan makanan yang mencukupi dan berterusan.
  2. Manusia bertamadun adalah maju dalam pertanian dan penternakan. Akibatnya makanan lebihan dihasilkan.
  3. Makanan berlebihan disimpan.
  4. Makanan lebihan  boleh menampung lebih banyak penduduk.
  5. Peralatan baru seperti cangkul  dicipta. 
  6. Manusia juga maju dalam teknologi seperti pengairan.

Kehidupan Berorganisasi

  1. Kehidupan berorganisasi merangkumi sosial, ekonomi dan politik.
  2. Pada mulanya organisasi sosial yang wujud Ialah keluarga.
  3. Apabila penduduk bertambah, proses pembahagian masyarakat menjadi lebih kompleks
  4. Pada awal tamadun sistem sosial berbentuk piramid dan bersusun lapis.
    1. Bangsawan yang diketuai oleh raja berada di paling atas.
    2. Pembesar seperti ahli agama, ketua keluarga/kelompok, pentadbir,ilmuan, pakar seni berada di lapisan kedua.
    3. Rakyat biasa seperti petani dan pedagang terletak di lapisan ketiga
    4. hamba terletak di paling bawah sekali.

Sistem Pemerintahan

  1.  Sistem pemerintahan merupakan ciri tamadun untuk menjalankan urusan pentadbiran..
  2. Ketua biasanya menggunakan unsur magis (wakil tuhan) untuk mendapatkan sokongan dan pengiktirafan sebagai ketua pemerintah.
  3. Perundangan diwujudkan sebagai garis panduan kepada masyarakat untuk menjaga keamanan dan kemakmuran.

Pengkhususan Pekerjaan

  1. Pengkhususan pekerjaan wujud akibat daripada peningkatan produktiviti manusia dan juga pembentukan organisasi sosial dan politik
  2. Pengkhususan kerja memberi kesan seperti berikut:
    1. Peningkatan pengeluaran
    2. pengeluaran barang mengikut kepakaran individu
    3. pertukaran ilmu pengetahuan teknologi dan budaya dengan tamadun lain.
    4. perkembangan sistem barter

Agama dan Kepercayaan

  1. Manusia mula dengan kepercayaan Animisme (percaya kuasa ghaib menguasai alam sekeliling).
  2. Pada mulanya mereka menyembah pokok dan matahari.
  3. Kemudian mereka mula beragama dengan menyembah lebih dari satu tuhan (politeisme).

Bahasa dan Tulisan

  1. Bahasa dan sistem tulisan merupakan Xpax penting yang menyumbang kepada kemajuan ilmu pengetahuan.
  2. Bahasa terawal ialah heogrolif, cuneiform dan ideogram.
  3. Bahasa Yunani dan Sanskrit merupakan bahasa paling tua.
  4. Sistem tulisan memainkan peranan sebagai alat untuk
    1. menyimpan rekod
    2. memudahkan pentadbiran dan perundangan
    3. keagamaan

Leave a Comment