Maksud Tamadun
- Tamadun bererti peradaban.
- Perkataan TAMADUN berasal daripada bahasa Arab contohnya mudun, madain dan madana. ia membawa makna ‘tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar’.
- Perkataan CIVILIZATION ialah perkataan dalam bahasa Inggeris yang sama maksud dengan tamadun. Ia berasal daripada perkataan Greek iaitu civitas yang bermaksud bandar.
- Bagi masyarakat barat, konsep tamadun barat adalah berkaitan dengan pembangunan lahiriah (kebendaan) seperti penulisan, kesenian, undang – undang dan perbandaran.
- Berikut ialah pandangan beberapa orang sarjana barat tentang konsep tamadun.
- Gordon Childe – pencapaian lahiriah ialah kayu ukur kemajuan tamadun
- Darcy Riberio dan R.A. Buchanan – menekan kepentingan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun serta menolak sumbangan unsur rohaniah dalam tamadun.
- Richard Sullivan – unsur rohaniah mempunyai peranan yang sangat penting dalam pembangunan tamadun
- Bagi sarjana Islam, konsep tamadun meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Mengikut Syed Naquib al-Atas, tamadun mengambil kira kemajuan tatasusila dan kebudayaan yang luhur.