Sumbangan Tamadun Hwang Ho
- Dari segi politik, Tamadun Hwang Ho telah mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno.
- Sistem pemerintahan monarki telah diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching.
- Sedikit perubahan berlaku sahaja, contohnya gelaran raja diubah kepada maharaja.
- Konsep anak syurga, mandat dari syurga yang dikaitkan dengan raja dan amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke-20.
- Dalam aspek ekonomi, berlakunya pembinaan sistem pengairan.
- Pemhangunan pertanian diberi tumpuan besar.
- Terusan dibina untuk mengairi kawasan pertanian serta mengelakkan berlakunya banjir.
- Sistem pengairan ini diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China (sebuah terusan telah dibina di Szechwan).
- Terdapat kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit.
- Petani sudah mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman.
- Alat pertanian yang dibuat daripada kayu ditukar kepada alat yang dibuat daripada besi.
- Sistem tulisan.
- Penggunaan tulisan adalah meluas.
- Digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan.
- Tulisan ini telah diajar di sekolah-sekolah di China.
- Tulisan terus berkembang sehingga juga digunakan oleh orang Korea dan Jepun.
- Pemujaan roh nenek moyang masih diamalkan sehingga kini.
- Unsur pemujaan yang dijalankan sejak zaman Shang diteruskan mengikut kesesuaian masa.
- Contohnya, unsur korban manusia dihentikan dan digantikan dengan unsur makanan, barang perhiasan, dan duit kertas.
- Masyarakat hari ini telah mewarisi dua kepercayaan iaitu konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui.
- Orang China percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya tcrdiri daripacla dua unsur yang saling melengkapi, iaitu Yin dan Yang.
- Yin ialah kuasa pasif dan Yang ialah kuasa aktif.
- Feng Hsui ialah falsafah Taoisme yang berlandaskan falsafah alam semesta yang merujuk pada hubungan antara manusia dengan alam sekitar, terutamanya tentang bagaimana manusia boleh hidup secara harmoni dengan alam sekitar.
- Sistem kalendar telah diperkenalkan pada Zaman Shang. Terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
- Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.
- Amalan menggunakan kalendar ini diteruskan untuk menjalankan kegiatan harian seperti upacara perkahwinan, perburuan ataupun pengeb umian .
- Pengamalan falsafah perang Sun Tzu masih cuba diguna-kan sehingga masa kini.
- Karya Sun Tzu yang bertajuk “The Art of War” membicarakan tentang perang dan bagaimana menghadapi musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.
- Falsafah tersebut diaplikasikan sebagai taktik dalam urusan perniagaan pada masa ini.