Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho
- Banyak bandar telah muncul dan kemudiannya berkembang menjadi sebuah negara kota.
- Anyang adalah salah satu contoh negara kota dalam Tamadun Hwang Ho.
- Ciri-ciri Anyang:
- Terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan.
- Terdapat istana, kuil, dan pusat pentadbiran di bandar.
- Ketua pemerintah iaitu raja, golongan pembesar, dan golongan agama tinggal di kawasan bandar.
- Dilengkapi dengan termbok bagi menghalang pencerobohan musuh.
- Dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.
- Organisasi sosial Tamadun Hwang Ho.
- Susun lapis masyarakat — golongan raja dan pembesar menduduki lapisan teratas.
- Raja menerajui pemerintahan.
- Lapisan yang paling bawah ialah golongan petani. Sebahagian besar penduduk terdiri daripada petani yang tinggal di kawasan luar bandar.
- Di lapisan bawah ini, terdapat golongan artisan.
- Golongan artisan wujud kerana kemahiran yang muncul semasa Dinasti Shang, iaitu penguasaan teknologi gangsa.
- Gangsa digunakan untuk menghasilkan senjata, perisai, dan hiasan pada kereta kuda pihak tentera serta peralatan untuk upacara keagamaan.
- Golongan pembesar dapat menundukkan golongan bawahan kerana mereka sahaja yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa.
- Hamba adalah golongan yang paling bawah dalam masyarakat Shang.
- Pengkhususan pekerjaan.
- Pengkhususan pekerjaan wujud kerana sistem organisasi sosial.
- Golongan pembesar memiliki tentera masing-masing
- Terdapat dua kumpulan tentera iaitu tentera yang menggunakan kereta kuda dan tentera yang berjalan kaki.
- Golongan petani adalah tonggak ekonomi
dan pentadbiran pula berperanan memenuhi keperluan golongan atasan. - Golongan artisan berperanan mencipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan makanan, barang tembikar, dan senjata.
- Golongan hamba berperanan sebagai tentera paksaan selain digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan serta untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan.
- Sistem pemerintahan.
- Dinasti Shang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
- Pengganti raja biasanya dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.
- Raja-raja Shang memiliki kewibawaan politik, ekonomi, sosial, dan agama.
- Mereka berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran.
- Masyarakat Shang percaya bahawa kuasa raja ialah mandat daripada tuhan.
- Raja-raja Shang tidak dikehendaki mendapatkan pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama.
- Raja dibantu oleli golongan bangsawan clan pcgawai kerajaan.
- Wilayah di luar pusat pentadbiran ditadbir oleh golongan bangsawan.
- Golongan bangsawan berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam hal seperti pungutan cukai, pertahanan, dan undang-undang.
- Sistem yang sama telah diasimilasikan oleh Dinasti Chou.
- Semasa Dinasti Chou, raja-rajanya telah membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan untuk setiap wilayah itu.
- Peranan pembesar tempatan ialah:
- Mesti mengambil ikrar taat setia kepada pemerintah Chou.
- Memberikan hadiah seperti kereta kuda, gangsa, senjata, hamba, dan binatang.
- Melindungi raja.
- Memberikan bantuan tentera sentasa perang.
- Diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan.
- Agama dan kepercayaan.
- Mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme dan politeisme (kepercayaan kepada banyak tuhan).
- Mengamalkan penyem-bahan roh nenek moyang.
- Menyembah tuhan syurga (Shang-ti) dan tuhan bumi (Tu).
- Membuat penyembahan terhadap bukit, gunung, dan sungai.
- Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian, dan upacara korban yang diketuai oleh golongan bomoh.
- Tulang binatang dan kulit kura-kura telah ditemui di Anyang yang dinamakan tulang oracle.
- Tulang oracle digunakan untuk meramal sesuatu keadaan.
- Golongan bomoh akan meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan.
- Rekahan tersebut akan ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.
- Sistem tulisan awal di China muncul akibat daripacla amalan penilikan tulang oracle.
- Sistem tulisan.
- Rekahan-rekahan pada tulang oracle telah menimbulkan idea kepada masyarakat tempalan untuk mencipta to tulisan.
- Tulisan China adalah berbentuk ideogram iaitu berbentuk simbol.
- Tulisan asal China ke-banyakannya mempunyai gambar seperti bulan, matahari, sungai, dan kanak-kanak.
- Tulisan awal ini mengalami perubahan sehingga ia berubah kepada bentuk yang lebih kompleks.