Sumbangan Tamadun Mesopotamia

Aspek Perundangan ( Kod Undang-undang Hammurabi )

  1. Hammurabi – Keturunan Amorite.
  2. Banyak dirikan negara kota
  3. Pusat pemerintahan di Babylon.
  4. Menakluk Akkad – jadi Raja Mesopotamia.

Sumbangan Raja Hammurabi dalam perundangan

  1. Perkenalkan Kod Undang-Undang Hammurabi
  2. Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.
  3. Hukuman adalah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza ikut susun lapis masyarakat.
  4. Contoh- Jika rakyat patah tulang bangsawan – tulangnya akan dipatahkan.
  5. Jika bangsawan cedera atau patahkan tulang rakyat – hukumannya denda satu wang perak.

Kesan dasar perundangan tamadun Mesopotamia.

  1. Berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat
  2. Wujudkan perpaduan dan mengukuhkan organisasi.
  3. Wujudkan empayar Kerajaan Akkad – empayar pertama di dunia.
  4. Telah membantu peradaban Mesopotamia dan pembentukan masyarakat.
  5. Kod ini mengandungi 282 undang-undang yang dipahat pada tembok.

Aspek Tulisan

  1. Melahirkan sistem pendidikan
  2. Mewujudkan jurutulis – rekod urusan pentadbiran dan perdagangan
  3. Semua urusan jual beli ditulis dalam resit, nota dan surat kredit
  4. Melahirkan tradisi kesusasteraan – epik Gilgamesh
  5. Epik Gilgamesh – kisah pemerintahan, percintaan, kesaktian dan kehidupan yang kekal abadi

Aspek Sains dan Teknologi:

  1. Perkembangan ilmu astronomi.
  2. Perkembangan pencerapan bulan dan matahari telah perkembangkan ilmu matematik – sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, darab, bahagi,punca ganda dua dan ilmu geometri.
  3. Astronomi – guna jalan laut perdagangan dan penerokaan.
  4. Penciptaan kalendar 12 bulan.
  5. Perkembangkan ilmu perubatan
  6. Penciptaan roda dan kereta kuda – peperangan atau kegunaan harian.
  7. Kincir air – mengairi kawasan tandus, kawal banjir dan tingkatkan hasil pertanian.
  8. Kapal layar dan pengangkutan beroda menguasai jalan laut dan darat.
  9. Perkenalkan batu bata daripada tanah liat.

Aspek Seni Bina

  1. Mencipta arca dan tiang batu – Cotoh Zigurat dan patung Raja Gudea
  2. Pembinaan Taman Gantung Babylon – dibina Raja Chaldea zaman Raja Nebuchadnezzar.
  3. Pelbagai jenis pokok dan pokok bunga – ditanam pada binaan bertingkat di bukit berteres.

Leave a Comment