Ciri- ciri Tamadun Mesopotamia

Penempatan

  1. Terbahagi kepada beberapa kawasan utama
    1. pusat kota,
    2. tembok kota,
    3. luar kota
    4. pelabuhan.
  2. Ada kubu pertahanan dengan pelbagai pintu gerbang
  3. Lambang kekayaan negara kota.
  4. Di dalam kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai, dan pasar.
  5. Jalanraya lebar dan lurus memisahkan dengan kediaman
  6. Pusat kota terdapat Rumah ibadat menjadi tumpuan masyarakat
  7. Setiap kota – Ada unit politik tersendiri dan agamanya.
  8. Sungai dan kawasan tanah pamah memudahkan pengangkutan dengan kapal, pedati dan keldai.
  9. Jalan laut menghubungkan negara kota dengan wilayah sekitarnya.
  10. Setiap kota – keluasan 1000 batu persegi
  11. Setiap negara kota – penduduk 30,000 – 35,000 orang
  12. Setiap kota – sebuah kerajaan berdaulat
  13. Setiap kota akan bersatu untuk menentang musuh

Organisasi Sosial

  1. Terbahagi dua golongan iaitu golongan pemerintah – Terdiri daripada Raja, Ketua pendeta, ketua Tentera dan orang bangsawan.
  2. Rakyat – terdiri daripada rakyat bebas,- petani, artisan, dan pedagang.
  3. Hamba – daripada tawanan perang.

Sistem Pemerintaha

  1. Ketua kerajaan/pemerintah
  2. Dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan
  3. Pemilik negara kota
  4. Ketua tentera
  5. Ketua pendeta / agama
  6. Berkuasa melantik pembesar terutama ahli keluarga – memegang jawatan di Zigurat.
  7. Berkuasa dalam bidang ekonomi – pengutipan cukai tanah, hasil pertanian dan perniagaan.
  8. Ketua pemerintahan dan dibantu golongan bangsawan yang ada ikatan kekeluargaan.
  9. Masyarakatnya tidak menyembah raja sabagai tuhan kecuali dalam zaman Raja Naramsin di Akkad – gelar diri Raja Empat Penjuru Alam.

Pengkhususan Pekerjaan

  1. Rakyat – berkerja sebagai petani , artisan, dan peniaga
  2. Perdagangan antarabangsa spt logam,kayu – kayan, emas dan perak – ditukar dengan hasil pertanian
  3. Wujud pengusaha tembikar, tekstil, dan alat keperluan.
  4. Tukang rumah- keperluan masyarakat untuk rumah.
  5. Rakyat yang berkhidmat sebagai tentera.

Aspek Keagamaan dan Kepercayaan

  1. Mengamalkan kepercayaan banyak tuhan – politiesme.
  2. Raja sebagai wakil tuhan.
  3. Raja Naramsin di Akkad – gelar diri Raja Empat Penjuru Alam – Paksa rakyat sembahnya.
  4. Pendeta ketuai upacara agama di Zigurat.
  5. Tidak percaya kehidupan selepas mati tetapi hanya jatuh ke dalam gua yg penuh debu.
  6. Pemerintahan oleh tuhan atau wakil tuhan.

Sistem Tulisan

  1. Berasaskan gambar
  2. Berkembang menjadi simbol
  3. Ditulis pada tanah liat.
  4. Gunakan pen rumput buluh – bentuk pepaku dikenali cuneifom.
  5. Wujud jurutulis
  6. Tradisi kesusasteraan – Epik Gilgamesh
  7. kisah Falsafah dan cara hidup masyarakat Mesopotamia.
  8. Tentang kepahlawanan Gilgamesh – ada sifat dua pertiga tuhan, satu pertiga manusia.
  9. Wajah tampan, ada kekuatan dan keberanian.

Leave a Comment