Zaman Prasejarah November 9, 2019August 19, 2019 by Zaman Prasejarah zaman Prasejarah ialah zaman di mana manusia belum mengenali sistem tulisanBerikut ialah tahap tahap utama zaman prasejarahZaman Paleolitikzaman mesolitikZaman neolitikzaman logamZaman gangsazaman besi Zaman Paleolitik dan Mesolitik Pada zaman Paleolitik dan Mesolitik manusia hidup secara nomad, iaitu hidup dengan berpindah randah.Manusia hidup berkumpulan (dalam kelompok keluarga)Manusia tinggal di kawasan tepi sungai dan tasik atau di dalam guaKegiatan utama ialah memburu binatang, menangkap ikan dan memungut hasil hutanAlat-alat batu di cipta dan digunakan dalam kehidupan harian. Zaman Neolitik Pada zaman neolitik, manusia mula hidup bermasyarakat ( hidup menetap dalam kelompok besar)Zaman ini bermulanya sistem barter (sistem pertukaran) akibat terdapat lebihan hasil makanan.Kegiatan utama manusia ialah bercucuk tanam serta menternak binatang.Manusia mula pengkhususan kerja dan pembahagian tugas.Manusia menghasilkan alat-alat batu yang jadi dilicinkanMereka juga mencipta tembikar. contohnya tembikar tanah yang dijumpai di Gua Musang Kelantan dan belangga tanah di Jenderam Hilir Selangor.Pada akhir zaman ini, manusia mula melebur logam. Zaman Logam Pada zaman logam manusia hidup menetap.Mereka mula mengguna logam dalam kegiatan HarianZaman Logam dibahagi kepada zaman gangsa dan zaman besiManujsia mujla mencipta rumah dan perahu degann menggunakan besi.Mereka mula meneroka laut.Mereka menjalankan perdagangan maritime (antarabangsa).Petempatan mula membesar menjadi kota/bandar.Mereka juga mula membina kota pertahanan.Contoh Bandar – Catal Huyuk di Turki, Jericho di Jordan.