Falsafah

  1. Sesebuah tamadun dianggap memiliki tradisi ilmu yang tinggi sekiranya ramai ahli falsafah dilahirkan.
  2. Ahli falsafah merupakan ma-nusia yang menggunakan akal untuk berfikir secara berterusan bagi mencari jawa-pan yang logik dan rasional terbadap persoalan yang timbul.

Falsafah dalam Tamadun Yunani

  1. Tamadun Yunani mengalami peningkatan dengan kelahiran ahli-ahli falsafah
  2. Ahli-ahli falsafah yang ter-kenal ialah Aristotle, Plato, Socrates, dan Herodotus.
  3. Mereka sering mengemukakan persoalan mengenai nilai individualisme, kehidupan manusia, dan demokrasi.
  4. Ketokohan Herodotus.
    1. Ahli falsafah dan ahli scjarah terulung.
    2. Dikenal sebagai Bapa Sejarah.
    3. Menghasilkau karya berjudul “History of Persian Wars”.
  5. Ketokohan Thucydides.
    1. Dianggap sebagai pe¬ngasas sejarah saintifik.
    2. Menghasilkan karya berjudul History of the Peloponnesian War.
    3. Menggunakan pendekatan penulisan sejarah yang berteraskan penyelidikan.
  6. Sumbangan Yunani dalam bidang falsafah kepada dunia amat besar.
  7. Tamadun Rom telah banyak mengambil falsafah daripada Yunani kerana Rom tidak mempunyai ramai ahli falsafah.
  8. Falsafah Rom diasaskan daripada falsafah stoik atau stoisisme, seorang ahli falsafah Yunani yang bernama Zeno.
  9. Stoisisme.
    1. Mengajar bahawa kebahagiaan hidup manusia dan nasib seseorang bergantung
      kepada hubungannya dengan alam.
    2. Menekankan keadilan, keberanian, tanggung-jawab, dan perikema-nusiaan.
  10. Ahli-ahli falsafah Yunani mengajar manusia untuk berfikir secara rasional serta mengamalkan sikap ingin tahu.
  11. Ketokohan Socrates.
    1. Dikenal sebagai Bapa Falsafah Barat.
    2. Mencintai falsafah dan selalu membincang-kannya dengan sahabat dan pengikutnya.
    3. Pakar dalam perbin-cangan menerusi kaedah soal jawab.
    4. Berusaha mencari unsur-unsur dalam kehidupan dan masyarakat bahagia.
    5. Dituduh merosakkan pemikiran masyarakat.
    6. Dihukum bunuh dengan cara meminum racun.
    7. Antara pengikutnya yang terkenal ialah Plato.
  12. Ketokohan Plato.
    1. Tulisannya terkandung maklumat tentang Socrates.
    2. Menyedarkan masya-rakat tentang perkara asas dalam falsafah Socrates.
    3. Perkara asas itu ialah persoalan tentang
      manusia dan masya-rakat.
    4. Berpendapat bahawa “masyarakat yang
      sempurna ialah masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah”.
    5. Mengasaskan akademi falsafah di Athens yang kekal selama 1000 tahun.
    6. Menghasilkan karya berjudul Republic (membincangkan bahawa sesebuah masyarakat dan negara paling baik diperintah oleh ilmuwan dan ahli falsafah).
  13. Ketokohan Aristotle.
    1. Merupakan murid Plato dan ahli falsafah yang berpengaruh.
    2.  Mencuba mendalami bidang sains dan falsafah.
    3. Hasil penerbitannya terkandung ilmu
      logik, metafizik, etika, fizik, politik, sains tabii, astronomi, dan geologi.
    4. Falsafahnya adalah untuk membaiki dunia.
    5. Menghasilkan karya berjudul “Politics”.
    6. Menjadi guru kepada Alexander the Great.
    7.  Membincangkan cara berfikir yang teratur dalam karyanya.

Falsafah Dalam Tamadun India.

  1. Antara falsafah yang terawal berkembang dan direkodkan di dunia.
  2. Wujud dalam dua bentuk pemikiran yang besar iaitu kumpulan yang bersum-berkan kitab Veda dan yang menolak kitab Veda.
  3. Kitab Veda terdiri daripada Atharva Veda, Rig Veda, Sama Veda, dan Yajur Veda.
  4. Sumber falsafah yang terdapat dalam Veda termasuklah Bhagavad Gita, Mahabharata dan Upanishad 700 — 600 S.M .).
  5. Falsafah Veda berkisar pada kuasa alam seperti api dan angin terhadap kehidupan manusia.
  6. Oleh itu, elemen tersebut perlu dipuja dan disembah.
  7. Falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran Buddhisme, Jainisme, dan Carvaka.

Falsafah Dalam Tamadun China

  1. Penekanan kepada hal berkaitan manusia, iaitu hubungan manusia dengan manusia lain.
  2. Sumber falsafah China termasuklah:
    1. Kung-fu Tze atau Confucius dengan
      ajarannya Confucianisme.
    2. Lao Tze dengan ajarannya Taoisme.
    3. Mo Tzu.
      • Juga dikenal sebagai Motze atau Mencius.
      • Menolak beberapa ajaran dalam
        Confucianisme.
      • Memikirkan cara hendak melahirkan masyarakat dan politik yang baik.
      • Berpendapat bahawa manusia ber-akhlak baik dan manusia menjadi sebaliknya kerana pcngaruh alam sekitar.
    4. Falsafah China yang lain ialah aliran legalisme yang diasaskan oleh Han Fei. Falsafah legalisme menya-rankan bahawa hanya undang-undang dapat  mewujudkan nilai baik dan ketertiban masyarakat.

Revision Notes

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Videos

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Leave a Comment