Peluasan Kuasa

  1. Usaha perluasan kuasa dijalankan setelah seseorang  pemerintah membentuk kerajaan yang kuat dan stabil.
  2. Cara meluaskan kawasan  pemerintahan ialah menerusi penaklukan dan pembukaan kawasan baru.
  3. Jajahan takluk akan menerima corak pemerintahan serta kebudayaan penakluknya.

Perluasan Kuasa Yunani

  1. Penaklukan berjalan dengan giat semenjak tahun 800 S.M..
  2. Raja Philip II dari Macedonia telah menyatukan kerajaan Macedonia dengan Yunani.
  3. Anak Philip II iaitu Alexander the Great telah meneruskan usaha bapanya.
  4. Alexander the Great.
    1. Menggantikan bapanya (PhilipII) sebagai raja Macedonia (336 S.M.).
    2. Merupakan salah seorang jeneral yang agung dalam sejarah dunia.
    3. Mengetuai gabungan  tentera Macedonia dan Yunani menakluk empayar Parsi.
    4. Meluaskan lagi kawasan takluk Yunani setelah menguasai Parsi, Mesir, Samarkand, dan Turkistan.
    5. Membawa seluruh kawasan Laut Mediterranean di bawah kuasanya.
    6. Menyebarkan kebudayaan Hellenistik iaitu campuran antara kebudayaan Yunani dan Parsi serta kebudayaan Timur yang lain.
    7. Menyebar kebudayaan Hellenistik dari kota-kota utama dal am empayar Yunani seperti Antioch, Iskandariah, dan Syracuse di Itali.
    8. Empayar Yunani berakhir selepas kematiannya serta kemunculan Rom.

Perluasan Kuasa Tamadun Rom

  1. Berlaku pada zaman pemerintahan Augustus Caesar (anak saudara Julius Caesar).
  2. Beliau ialah pengasas empayar Rom dan memerintah seperti diktator.
  3. Keadaan tersebut berlaku setelah beliau menewaskan tentera pimpinan Anthony (bekas jeneral Augustus Caesar yang telah bergabung dengan tentera Mesir di bawah pimpinan Deopatra) dalam Peperangan Actium.
  4. Augustus Caesar telah membentuk sistem empayar yang berbeza dari-pada sistem republik sebelumnya, iaitu mewajibkan sistem pemerintahan warisan.
  5. Pada zaman penterintahannya, empayar Rom meliputi Britain, Sepanyol, kawasan sungai Rhine,
    Danube, Laut Hitam,  Pergunungan Atlas, Afrika Utara, Macedonia, sebahagian Turki, dan Palestin.

Perluasan Kuasa Tamadun India

  1. Perluasan kuasa yang besar bermula pada zaman pemerintahan Chandragupta Maurya.
  2. Perluasan kuasa tersebut berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya.
  3. Sebab kejayaan ialah mempunyai angkatan tentera yang besar.
  4. Chandragupta Maurya berjaya menguasai seluruh India Utara.
  5. Beliau menawan Punjab dan mengalahkan Seleceus yang memerintah empayar Seleucid di Syria dan kawasan sempadan India barat.
  6. Bindusara (anak Chandragupta) meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian selatan India.
  7. Kaedah perluasan kuasa berubah semasa pemerintahan Asoka.
  8. Asoka tidak menitikberatkan kekuatan tentera sebagai asas perluasan kuasa tetapi beliau menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk memperluas pengaruh dan kedudukan Maurya.
  9. Anoka ielah memberikan penekanan kepada agama Buddha.
  10. Seluruh India menjadi jajahan takluk empayar Maurya semasa pemerintahan Asoka.
  11. Keadaan tersebut tercapai apabila Asoka berjaya menawan Kalinga dalam Perang Kalinga.

Perluasan Kuasa Tamadun China

  1. Perluasan kuasa membawa kepada kewujudan empayar pada zaman Dinasti Chin di bawah pimpinan Shih Huang Ti.
  2. Ketokohan Shih Huang Ti.
    1. Menyatukan seluruh kerajaan kecil di China.
    2. Memerintah secara autokratik, iaitu secara mutlak dan tegas.
    3. Menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik gabenor dan panglima tentera dalam pentadbiran.
    4. Memerintahkan pembinaan Tembok Besar China untuk mempertahankan empayar China.
    5. Dinasti Chin telah jatuh dan digantikan oleh Dinasti Han.
  3. Zaman Dinasti Han.
    1. Maharaja yang terkenal dan berwibawa ialah Maharaja Han Wu Ti yang juga dikenal sebagai Maharaja Tentera.
    2. Memperluas jajahan takluknya menerusi angkatan tenteranya yang kuat dan besar.
    3. Antara jajahan talduknya ialah Sinkiang, Lembah Tarim dan Tutor di utara China, Yang Tze, Kwangsi dan Kwang Tung di selatan China.
    4. Pada zamannya, pengaruh China telah disebar ke Jepun dan Turkistan.
    5. Han Wu Ti berjaya mewujudkan keamanan dan kemakmuran di China.

Leave a Comment