- Kegiatan ekonomi yang awal termasuklah:
- Bercucuk tanam.
- menternak binatang.
- Menghasilkan barang untuk tujuan perdagangan.
- Kegiatan ekonorni utama ialah penanarnan dan penternakan hinatang untuk menyara keperluan keluarga.
- Kemajuan tamadun serta kemunculan bandar membawa kepada pengeluaran hasil yang berlebihan.
- Hasil yang berlebihan dipasarkan dan ditukarkan dengan barangan perusahaan tempatan seperti barang-barang tembikar, peralatan memotong yang diperbuat daripada logam, dan perhiasan yang terdapat di bandar.
Kegiatan Ekonomi di Yunani
- Perhatian utama negara kota ialah kegiatan per-dagangan kecuali Sparta.
- Perdagangan diberi turn¬puan kerana keadaan muka bumi Yunani yang bergunung-ganang tidak sesuai bagi pertanian.
- Perdagangan dengan ka-wasan luar, terutamanya menerusi jalan laut telah meningkat.
- Pada mulanya, perdagangan hanya berlaku antara kawasan di pesisiran pantai yang berdekatan seperti Mesir, Phoenecia, dan Syria.
- Athens dan Corinth menghadapi masalah kekurangan makanan kerana kekurangan tanah untuk pertanian.
- Keadaan ini menyebabkan negara kota di Yunani mengimport bahan makanan.
- Athens memperoleh bekalan makanan dari kawasan di selatannya dan Laut Hitam.
- Athens bcrperanan sebagai pesat pengumpulan barang keperluan dari Timur.
- Kegiatan perdagangan dikenakan cukai dan ini membawa kepada kenaikan harga barang.
- Akibatnya, ramai rakyat Yunani berpindah ke kawasan-kawasan lain seperti Alexandria pada Zaman Graeco-Roman (300 S.M.).
Kegiatan Ekonomi di India
- Sejak kurun ke-3 S.M., kegiatan perdagangan telah berkembang pesat.
- Dua jenis perdagangan dijalankan, iaitu perdagang-an dalaman dan per-dagangan luar.
- Perdagangan dalaman.
- Perdagangan antara kawasan-kawasan dalam wilayah India.
- Pusat perdagangan yang penting ialah Anga, Kalinga, dan Karusa.
- Hasil-hasil yang diperdagangkan ialah berlian, emas, gading gajah, mutiara, dan senjata.
- Perdagangan luar.
- Hubungan perdagangan dijalin oleh kerajaan Maurya dengan negara luar seperti Sri Lanka, Macedonia, Asia Tenggara, dan rantau Asia Tengah.
- Pelabuhan utama yang terlibat dalam perda¬gangan luar:
Nama Pelabuhan Kawasan - Kadura
- Ghantashala
- Tamralipti
Bahagian timur India - Broach
- Chaul
- Cambay
- Kalyan
Bahagian barat India
- Perkembangan perdagangan yang pesat telah membawa kepada kelahiran persatuan perdagangan dan perusahaan yang dipanggil sresthin di setiap Bandar.
- Terdapat persatuan untuk tukang kayu, tukang kulit, tukang logam, dan sebaganya.
- persatuan bermatlamat untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji
- Undang-undang telah dirangka untuk mengawal persatuan dan raja bertanggungjawab mengawasi pelaksanaan undang-undang.
- Mata wang telah digunakan dalam urusan jual-beli.
- Mata wang emas telah digunakan pada Zaman Gupta.
- Syiling emas yang digunakan pada Zaman Gupta digelar Dinara.
- Terdapat wang perak serta wang yang terdiri daripada cangkerang siput.
- Penggunaan mata wang dalam urusan jual beli menunjukkan bahawa pemerintah tamadun India seperti Dinasti Maurya dan Gupta telah melaksanakan satu dasar ekonomi dan kewangan yang sistematik.
- Sejak Zaman Maurya, kegiatan perdagangan disokong oleh perkembangan dalam sektor perusahaan khasnya pengeluaran tekstil, kain kapas, dan sutera.
- Pusat perusahaan sutera di India ialah Bengal dan Benares.
- Perusahaan lain turut berkembang termasuklah perusahaan yang berasaskan barangan emas, batu permata, dan mutiara.
- Sejak Zaman Maurya, pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap pelbagai jenis hasil perdagangan seperti basil buahbuahan dan hasil pertanian.
- Cukai tersebut digunakan untuk menyara raja, para pentadbir, dan ahli tentera.
- Perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu telah berkembang dan meningkat pada Zaman Gupta sejak tahun 100M..
- Hasil-hasil dagangan yang diperoleh oleh pedagang India ialah:
Jenis Hasil Kawasan - Rempah
- bedak wangi,
- besi
- gading gajah
Alam Melayu - Tembikar
- tekstil
- barang kaca
- minyak wangi
Negara China
Kegiatan Ekonomi Tamadun China
- Sejak zaman Dinasti Shang, peningkatan ekonomi telah berlaku.
- Bidang yang mengalami kemajuan ialah pertanian, perdagangan dalam negeri dan maritim, perusahaan, dan pembentukan persatuan perniagaan.
- Bidang pertanian:
- Sejak zaman Dinasti Han, tenggala telah diperkenalkan bagi membuat batas tanaman.
- Kolar kuda membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, kereta sorong beroda, dan penyisir tanah.
- Kolar kuda adalah salah satu sumbangan Tamadun China kepada dunia.
- Alat pertanian dicipta pada zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming, dan Ching.
- Sistem penanaman secara bergilir diperkenalkan bagi menjaga kesuburan tanah.
- Kawasan bukit diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang.
- Sistem pengairan (pembinaan terusan) dibina bagi memperoleh sumber air dalam pertanian terkawal.
- Kawalan terhadap banjir diberi tumpuan besar dengan meng-gunakan terusan yang dibina.
- Perusahaan tembikar dan logam telah berkembang sejak Dinasti Han.
- Hasil perusahaan tersebut diperdagangkan ke kawa¬san di luar China.
- Mulanya, hasil-hasil ini di-bawa menerusi jalan darat, iaitu jalan Sutera Darat. Kemudian, jalan laut digunakan pada zaman Dinasti Tang.
- Sebagai bukti, terdapat tembikar China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal di Alam Melayu, India, Timur Tengah, dan Barat.
- Hasil perusahaan China juga didagangkan dalam negeri sendiri.
- Persatuan perdagangan telah muncul yang kemudian membawa kcpada kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar.
- Faktor yang mencetuskan perkembangan ekonomi yang pesat ialah kemajuan dalam sistem perhubungan seperti pembinaan jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan.