Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran

Tamadun Yunani dan Rom

  1. Dalam politik, idea-idea baru yang diperkenalkan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran bertujuan untuk memperbaiki lagi sistem atau cara yang sedia ada.
  2. Dalam Tamadun Yunani, terdapat beberapa bentuk pemerintahan yang diamalkan.
  3. Corak pemerintahan di Yunani telah mengalami pelbagai perubahan daripada monarki, oligarki, aristokrasi, diktator (tirani), dan akhirnya demok rasi.
  4. Sistem pemerintahan yang pelbagai diamalkan di Yunani menunjukkan bahawa orang Yunani sentiasa berusaha meningkatkan sistem pemerintahan dan pentadbiran negara kota mereka.
  5. Athens mengamalkan sistem beraja sebelum mengamalkan sistem demokrasi.
  1. Ciri-ciri Sistem Beraja Yunani.
    1. Sebuah badan yang dinamakan konsul membantu raja.
    2. Peranan raja ialah sebagai ketua agama, ketua hakim, dan ketua tentera.
    3. Apabila kuasa konsul meningkat, peranan raja sebagai ketua agama, ketua hakim, dan ketua tentera akan merosot.
    4. Keadaan tersehut membawa kepada sistem raja yang dipilih tetapi kuasanya sangat terhad.
    5. Pemerintahan akan dikuasai oleh konsul yang terdiri daripada golongan kaya dalam sistem raja tersebut.
    6. Sistem pemerintahan di bawah beberapa orang konsul dipanggil oligarki.
    7. Golongan aristokrat yang kuat muncul daripada kalangan konsul tersebut.
    8. Pemerintahan di bawah golongan aristokrat dipanggil aristokrasi, mereka mempunyai kuasa yang besar dalam pentadbiran.
    9. Rasa tidak puas had timbul terhadap pemerintahan aristokrasi dan ini membawa kepada kemunculan golongan yang menuntut hak dan rampasan kuasa. Dosioem
    10. Seterusnya muncul pemerintahan bercorak tirani oleh diktator.
    11. Diktator biasanya bukan daripada golongan aristokrat tetapi daripada golongan kaya atau tentera.
    12. Rakyat biasa telah menyokong rampasan
      tersehut, tetapi golongan aristokrat telah menentangnya.
    13. Akhirnya, wujudnya sistem demokrasi.
  1. Sistem demokrasi di Athens, Yunani.
    1. Kewujudan Dewan Perhimpunan dan Majlis di Athens.
    2. Semua warganegara lelaki dewasa boleh menjadi ahli Dewan Perhimpunan.
    3. Ahli Dewan Perhimpunan berkhidmat antara enam bulan hingga setahun.
    4. Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan.
    5. Setiap ahli Dewan Perhimpunan boleh memberikan cadangan tentang dasar kerajaan.
    6. Segala keputusan Dewan Perhimpunan dikendalikan oleh Majlis.
    7. Dewan Perhimpunan bertanggungjawab melantik ahli Majlis, Majistret, dan Juri.
    8. Dewan Perhimpunan mempunyai kuasa penuh terhadap ketiga-tiga pihak tersebut.
    9. Sistem demokrasi tidak dilaksanakan di negara kota yang mengamalkan sistem beraja yang berkuasa mutlak.
    10. Sistem ini diperkenalkan di Athens lebih kurang 3000 tahun dahulu.
    11. Sistem ini telah diwarisi oleh hampir semua negara di dunia pada masa ini tetapi amalan demokrasi berbeza antara negara-negara
  1. Ciri-ciri masyarakat Sparta.
    1. Sparta mengamalkan sistem pemerintahan tentera.
    2. Sistem pertahanan diberikan tumpuan yang penting.
    3. Anak lelaki diberi latihan tentera menjadi askar dari awal lagi.
    4. Sparta berjaya melahirkan tentera yang handal serta mempunyai semangat patriotik yang tinggi.
  2. Sistem pemerintahan di Rom.
    1. Pada mulanya, sistem beraja diamalkan sejak tahun 753 S.M..
    2. Dalam sistem tersebut, Rom dikuasai secara mutlak oleh raja-raja Etruscan yang bukan berasal daripada kalangan masyarakat Latin tempatan.
    3. Raja-raja mutlak Etruscan tidak disukai oleh masyarakat Latin.
    4. Pemberontakan oleh masyarakat Latin meletus di bawah pimpinan golongan bangsawan yang digelar patrician.
    5. Sistem Republik dibentuk pada tahun 509 S.M. di Rom.
  1. Sistem Republik di Rom.
    1. Tidak mempunyai peme¬rintah berkuasa mutlak.
    2. Kuasa tertinggi berada dalam tangan dua orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat bagi tempoh tertentu.
    3. Kewujudan dua orang konsul bererti tidak ada konsul yang lebih berkuasa.
    4. Konsul dibantu oleh Dewan Senat yang terdiri daripada golongan bangsawan.
    5. Peranan Dewan Senat ialah membincangkan hal-hal pentadbiran negara dan menggubal perundangan.
    6. Lazimnya, sebelum seseorang ahli Dewan Senat dilantik menjadi konsul, beliau menjadi praeotor, iaitu pemerintah tentera.
    7. Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh semua rakyat Rom berada di bawah Dewan Senat.
    8. Semua keputusan Dewan Senat akan dihantarkan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan.
    9. Sistem republik di Rom mengalami perubahan apabila mencapai taraf empayar semasa pemerintahan Julius Caesar.
    10. Perubahan berlaku setelah beliau meluaskan kuasa Rom ke Macedonia, Mesir, Syam, Yunani, Perancis, Britannia (Britain) dan beberapa wilayah di Jerman.
    11. Pemerintahan berbentuk empayar membawa kepada penubuhan sistem
      pentadbiran berpusat  kesan penyatuan wilayah-wilayah kecil yang ditawannya.
    12. Ketokohan Julius Caesar.
      1. Dilahirkan pada tahun 100 S.M..
      2. Menamatkan sistem republik.
      3. Menjadi diktator Rom.
      4. Menguasai angkatan tentera dan Senat.
      5. Menggunakan gelaran maharaja.
      6. Terkenal sebagai ketua tentera yang agung kerana kejayaan beliau dalam beberapa pepe-rangan.
      7. Dilantik menjadi praeotor dan menjadi konsul pada tahun 59 S.M..
      8. Mengisytiharkan diri sebagai diktator setelah mengalahkan Jeneral Pompey.
      9. Namun beliau dibunuh oleh penyokong Jeneral Pompey.
  2. Gelaran maharaja diteruskan oleh Augustus yang memerintah Rom (27-14 S.M.).
  3. Baginda telah berjaya membawa keamanan dan keagungan kepada empayar Rom.
  4. Pada zaman pemerintahan Augustus, keamanan wujud selama 200 tahun.
  5. Zaman kegemilangan tersebut dikenal sebagai Pax Romana atau Keamanan Rom.
  6. Maharaja Augustus berjaya membawa keamanan dan kesejahteraan kepada empayar Rom yang terdiri daripada pelbagai bangsa dalam tiga benua (benua Asia, Eropah dan Afrika.)

Tamadun India dan China

  1. Pada tahap awal pembentukan Tamadun India, is mempunyai dua bentuk kerajaan:
    1. Kerajaan kecil — bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja.
    2. Kerajaan besar — diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi, Kosala, dan Magadha.
  2. Raja Tamadun India berkuasa mutlak.
  3. Kedudukan raja diperkukuh dengan pelbagai bentuk upacara ritual yang berasaskan kepercayaan bahawa raja itu adalah suci dan harus dihormati.
  4. Golongan Brahmin yang merupakan penasihat raja memainkan peranan penting.
  5. Di bawahnya ialah golongan Ksyatria yang menjadi pemerintah tertinggi serta menjadi
    golongan dominan.
  6. Empayar Maurya telah dibentuk oleh Chandragupta Maurya apabila beliau menyatukan kerajaan-kerajaan  kecil di India.
  7. Setelah mencapai tahap empayar, status raja telah berubah kepada maharaja.
  8. Empayar Maurya meliputi kawasan dari Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush.
  9. Ibu negara Dinasti Maurya terletak di Pataliputra.
  10. Semasa pemerintahan Asoka, Dinasti Maurya mencapai zaman kegemilangannya.
  1. Ketokohan Asoka.
    1. Berjaya menghentikan perang saudara selepas ke-matian ayahnya, Bindu¬sara.
    2. Menawan negeri Kalinga yang mempunyai penduduk yang ramai.
    3. Perang Kalinga (261 S.M.).
      1. 100,000 orang terkorban dan 150,000 orang cedera.
      2. Menyedarkan Asoka mengenai akibat peperangan yang membawa kematian dan penderitaan.
      3. Perang menjadi pemula penting yang menyebabkan Asoka menganuti agama Buddha dan mengebangkan ajarannya.
    4. Menekankan kedamaian dan kemajuan sosial selepas Perang Kalinga.
    5. Menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha dan bukan lagi menerusi ketenteraan.
    6. Merupakan seorang maharaja berkuasa mutlak.
    7. Membentuk birokrasi pentadbiran untuk menjalankan pemerintahannya.
    8. Birokrasi ialah sistem pentadbiran yang melibatkan pelbagai peringkat dan mempunyai banyak peraturan.

Leave a Comment