Tamadun Rom

Tamadun Rom

  1. Tamadun Rom muncul di kawasan Bukit Palatine berdekatan dengan Sungai Tiber di Lembah Latium.
  2. Pemerintahan Rom telah mem-perkenalkan majlis perbandaran di setiap bandar.
  3. Majlis perbandaran bebas menjalankan pentadbiran tanpa gangguan oleh kerajaan pusat di Rom.
  4. Pembentukan majlis perbandaran membawa kepada kemajuan dan keselesaan hidup di bandar.
  5. Kini, bandar dibina secara terancang dan
    disediakan dengan pelbagai kemudahan.
  6. Antara kemudahannya ialah bekalan air, rumah ibadat, rumah mandi awam, istana,
    teater, tempat berdialog (forum), sarkas, sistem
    pemanas, dan sebagainya.
  7. Sebuah bandar contoh ialah Pompei kerana mempunyai pelbagai kemudahan.
  8. Kemudahan di bandar Pompei ialah dewan orang ramai, pejabat, perpustakaan, mahkamah, rumah ibadat, kedai, pintu gerbang, bangunan colloseum (binaan bulat tanpa atap, iaitu tempatĀ  pertandingan bagi pahlawan Rom), dan sistem saliran bawah tanah yang menyalurkan air melalui paip.
  9. Sistem saliran air tersebut dapat membekalkan bekalan air kepada penduduk di Pompei pada zaman keamanan atau peperangan.
  10. Air juga dibekalkan untuk kegiatan perindustrian dan pengangkutan.
  11. Bilangan penduduk di bandar Pompei ialah 50,000 orang.

Leave a Comment