Tamadun Yunani
- Tamadun Yunani bermula dengan penubuhan petempatan manusia yang digelar sebagai negara kota atau polls.
- Negara kota dibentuk kerana gabungan beberapa buah kampung dan bandar.
- Banyak negara kota telah wujud dan setiap negara kota terdiri daripada sebuah kota yang dikelilingi oleh kawasan pertanian.
- Di dalam kota pula terdapat istana, kubu, pasar, dan kuil.
- Antara negara kota yang terkenal ialah Athens, Corinth, dan Sparta.
- Ciri-ciri negara kota tersebut.
- Ketiga-tiga terletak berdekatan dengan Laut Mediterranean.
- Mempunyai corak pemerintahan dan undang-undang tersendiri.
- Memiliki beberapa tuhan (menyembah banyak tuhan).
- Masyarakat kota sentiasa hersatu padu.
- Peperangan selalu berlaku antara negara-negara kota tersebut.
Polis/Negara Kota
- Polls ialah institusi politik yang merdeka.
- Saiznya tidak besar dan polls yang terbesar ialah Athens.
- Mempunyai jumlah penduduk yang kecil.
- Misalnya Athens pada kemuncaknya hanya memiliki 40 000 orang penduduk.
- Setiap polls mempunyai acropolis, agora, dan kawasan pertanian.
- Acropolis, iaitu kawasan tertinggi yang menempatkan bangunan kerajaan dan keagamaan.
- Agora, iaitu tempat pertemuan atau mesyuarat rakyat yang merupakan pusat ekonomi bagi sesebuah polls.
- Kawasan pertanian di luar kota menyediakan keperluan penduduk di dalam kota.