Tamadun India
- Era kecemerlangan Tamadun Indus ialah antara 2500-1800S.M.
- Tamadun Indus mengalami kemerosotan selepas era tersebut.
- Keruntuhan Tamadun Indus disebabkan serangan orang Aryan.
- Mereka telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus.
- Tahap tersebut dipanggil Zaman Vedik. Nama Vedik digunakan sempena kelahiran kitab-kitab Veda.
- Zaman Vedik ialah permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat Indus kerana pada zaman tersebut agama Hindu dilahirkan.
- Menjelang kurun ke-7 S.M., perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges.
- Pada zaman ini, wujud golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja.
- Dua bentuk kerajaan wujud pada zaman ini, iaitu:
- Janapada atau kerajaan kecil.
- Mahajanapada atau kera¬jaan besar.
- Kerajaan-kerajaan kecil di India telah disatukan oleh Chandragupta Maurya.
- Empayar pertama di India telah diwujudkan pada tahun 321 S.M..
- Peristiwa tersebut berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India utara telah disatukan.
- Semasa pemerintahan Asoka, Dinasti Maurya mencapai kemuncak kegemilangannya.