Sumbangan Tamadun Hwang Ho

Sumbangan Tamadun Hwang Ho

  1. Dari segi politik, Tamadun Hwang Ho telah mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno.
  2. Sistem pemerintahan monarki telah diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching.
  3. Sedikit perubahan berlaku sahaja, contohnya gelaran raja diubah kepada maharaja.
  4. Konsep anak syurga, mandat dari syurga yang dikaitkan dengan raja dan amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke-20.
  5. Dalam aspek ekonomi, berlakunya pembinaan sistem pengairan.
  6. Pemhangunan pertanian diberi tumpuan besar.
  7. Terusan dibina untuk mengairi kawasan pertanian serta mengelakkan berlakunya banjir.
  8. Sistem pengairan ini diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China (sebuah terusan telah dibina di Szechwan).
  9. Terdapat kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit.
  10. Petani sudah mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman.
  11. Alat pertanian yang dibuat daripada kayu ditukar kepada alat yang dibuat daripada besi.
    1. Sistem tulisan.
      1. Penggunaan tulisan adalah meluas.
      2. Digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan.
      3. Tulisan ini telah diajar di sekolah-sekolah di China.
      4. Tulisan terus berkembang sehingga juga digunakan oleh orang Korea dan Jepun.
    2. Pemujaan roh nenek moyang masih diamalkan sehingga kini.
    3. Unsur pemujaan yang dijalankan sejak zaman Shang diteruskan mengikut kesesuaian masa.
    4. Contohnya, unsur korban manusia dihentikan dan digantikan dengan unsur makanan, barang perhiasan, dan duit kertas.
    5. Masyarakat hari ini telah mewarisi dua kepercayaan iaitu konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui.
    6. Orang China percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya tcrdiri daripacla dua unsur yang saling melengkapi, iaitu Yin dan Yang.
  1. Yin ialah kuasa pasif dan Yang ialah kuasa aktif.
  2. Feng Hsui ialah falsafah Taoisme yang berlandaskan falsafah alam semesta yang merujuk pada hubungan antara manusia dengan alam sekitar, terutamanya tentang bagaimana manusia boleh hidup secara harmoni dengan alam sekitar.
  3.  Sistem kalendar telah diperkenalkan pada Zaman Shang. Terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
  4. Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.
  5. Amalan menggunakan kalendar ini diteruskan untuk menjalankan kegiatan harian seperti upacara perkahwinan, perburuan ataupun pengeb umian .
  6. Pengamalan falsafah perang Sun Tzu masih cuba diguna-kan sehingga masa kini.
  7. Karya Sun Tzu yang bertajuk “The Art of War” membicarakan tentang perang dan bagaimana menghadapi musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.
  8. Falsafah tersebut diaplikasikan sebagai taktik dalam urusan perniagaan pada masa ini.

Leave a Comment