Sumbangan Tamadun Mesir Purba November 9, 2019August 20, 2019 by Seni Bina Seni bina piramid hasil ilham Imhotep (saintis, ahli fizik, arkitek, ahli perubatan, pengarang, dan penasihat firaun ).Imhotep membina bangunan menggunakan batu- bata. Statue Inhotep [Louvre Museum [CC BY-SA 3.0 (http://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0/)]] Piramid di Mesir Kertas Mereka mencipta kertas daripada pokok papyrus.Kertas digunakan untuk menyimpan khazanah bangsa (penulisan) menggantikan kepingan batu bata. Tulisan Tulisan hieroglif terpahat pada makanan dan batu.Tulisannya amat halus, cantik dan seni. Tulisan Hieroglif [photograph by Afbeelding van hiƫrogliefen and afkomstig van gebruiker, distributed under a CC BY-SA 3.0 license.] Pendidikan Untuk kanak- kanak keluarga atasan dan diberikan sejak umur rendah.Dikendalikan oleh rumah ibadat dan ditadbir oleh kerajaan.Tujuan pendidikan melahirkan pegawai kerajaan khasnya jurutulis terlatih. Ilmu Perubatan Pengamal perubatan diberi status tinggi dan berkhidmat untuk firaun dan masyarakat.Mereka memumiakan mayat kerana ia berkait dengan kepercayaan orang Mesir.Mereka mahir dalam bidang fizik, kimia dan perubatan. Ilmu Matematik Ilmu geometri, matematik dan sains melahirkan pengurus pertanian, bekalan air dari Sg. Nil, bangunan dan pyramid.Mereka menggunakan ilmu ini untuk mengawal banjir .Pengetahuan matematik dan sains berjaya menukar padang pasir menjadi kawasan pertanian hasil kemajuan pengairan .Ilmu matematik dan astronomi turut membantu orang Mesir mencipta kalendar 365 hari dan 12 bulan setahun