Peningkatan Ekonomi

  1. Kegiatan ekonomi yang awal termasuklah:
    1. Bercucuk tanam.
    2. menternak binatang.
    3. Menghasilkan barang untuk tujuan perdagangan.
  2. Kegiatan ekonorni utama ialah penanarnan dan penternakan hinatang untuk menyara keperluan keluarga.
  3. Kemajuan tamadun serta kemunculan bandar membawa kepada pengeluaran hasil yang berlebihan.
  4. Hasil yang berlebihan dipasarkan dan ditukarkan dengan barangan perusahaan tempatan seperti barang-barang tembikar, peralatan memotong yang diperbuat daripada logam, dan perhiasan yang terdapat di bandar.

Kegiatan Ekonomi di Yunani

  1. Perhatian utama negara kota ialah kegiatan per-dagangan kecuali Sparta.
  2. Perdagangan diberi turn¬puan kerana keadaan muka bumi Yunani yang bergunung-ganang tidak sesuai bagi pertanian.
  3. Perdagangan dengan ka-wasan luar, terutamanya menerusi jalan laut telah meningkat.
  4. Pada mulanya, perdagangan hanya berlaku antara kawasan di pesisiran pantai yang berdekatan seperti Mesir, Phoenecia, dan Syria.
  5. Athens dan Corinth menghadapi masalah kekurangan makanan kerana kekurangan tanah untuk pertanian.
  6. Keadaan ini menyebabkan negara kota di Yunani mengimport bahan makanan.
  7. Athens memperoleh bekalan makanan dari kawasan di selatannya dan Laut Hitam.
  8. Athens bcrperanan sebagai pesat pengumpulan barang keperluan dari Timur.
  9. Kegiatan perdagangan dikenakan cukai dan ini membawa kepada kenaikan harga barang.
  10. Akibatnya, ramai rakyat Yunani berpindah ke kawasan-kawasan lain seperti Alexandria pada Zaman Graeco-Roman (300 S.M.).

Kegiatan Ekonomi di India

  1. Sejak kurun ke-3 S.M., kegiatan perdagangan telah berkembang pesat.
  2. Dua jenis perdagangan dijalankan, iaitu perdagang-an dalaman dan per-dagangan luar.
  3. Perdagangan dalaman.
    1. Perdagangan antara kawasan-kawasan dalam wilayah India.
    2. Pusat perdagangan yang penting ialah Anga, Kalinga, dan Karusa.
    3. Hasil-hasil yang diperdagangkan ialah berlian, emas, gading gajah, mutiara, dan senjata.
  4. Perdagangan luar.
    1. Hubungan perdagangan dijalin oleh kerajaan Maurya dengan negara luar seperti Sri Lanka, Macedonia, Asia Tenggara, dan rantau Asia Tengah.
    2. Pelabuhan utama yang terlibat dalam perda¬gangan luar:
      Nama Pelabuhan Kawasan
      • Kadura
      • Ghantashala
      • Tamralipti
       Bahagian timur India
      • Broach
      • Chaul
      • Cambay
      • Kalyan
      Bahagian barat India
  5. Perkembangan perdagangan yang pesat telah membawa kepada kelahiran persatuan perdagangan dan perusahaan yang dipanggil sresthin di setiap Bandar.
  6. Terdapat persatuan untuk tukang kayu, tukang kulit, tukang logam, dan sebaganya.
  7. persatuan bermatlamat untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji
  8. Undang-undang telah dirangka untuk mengawal persatuan dan raja bertanggungjawab mengawasi pelaksanaan undang-undang.
  9. Mata wang telah digunakan dalam urusan jual-beli.
  10. Mata wang emas telah digunakan pada Zaman Gupta.
  11. Syiling emas yang digunakan pada Zaman Gupta digelar Dinara.
  12. Terdapat wang perak serta wang yang terdiri daripada cangkerang siput.
  13. Penggunaan mata wang dalam urusan jual beli menunjukkan bahawa pemerintah tamadun India seperti Dinasti Maurya dan Gupta telah melaksanakan satu dasar ekonomi dan kewangan yang sistematik.
  14. Sejak Zaman Maurya, kegiatan perdagangan disokong oleh perkembangan dalam sektor perusahaan khasnya pengeluaran tekstil, kain kapas, dan sutera.
  15. Pusat perusahaan sutera di India ialah Bengal dan Benares.
  16. Perusahaan lain turut berkembang termasuklah perusahaan yang berasaskan barangan emas, batu permata, dan mutiara.
  17. Sejak Zaman Maurya, pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap pelbagai jenis hasil perdagangan seperti basil buahbuahan dan hasil pertanian.
  18. Cukai tersebut digunakan untuk menyara raja, para pentadbir, dan ahli tentera.
  19. Perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu telah berkembang dan meningkat pada Zaman Gupta sejak tahun 100M..
  20. Hasil-hasil dagangan yang diperoleh oleh pedagang India ialah:
    Jenis HasilKawasan
    • Rempah
    • bedak wangi,
    • besi
    • gading gajah
    Alam Melayu
    • Tembikar
    • tekstil
    • barang kaca
    • minyak wangi
    Negara China

Kegiatan Ekonomi Tamadun China

  1. Sejak zaman Dinasti  Shang, peningkatan ekonomi telah berlaku.
  2. Bidang yang mengalami kemajuan ialah pertanian, perdagangan dalam negeri dan maritim, perusahaan, dan pembentukan persatuan perniagaan.
  3. Bidang pertanian:
    1. Sejak zaman Dinasti Han, tenggala telah diperkenalkan bagi membuat batas tanaman.
    2. Kolar kuda membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, kereta sorong beroda, dan penyisir tanah.
    3. Kolar kuda adalah  salah satu sumbangan Tamadun China kepada dunia.
    4. Alat pertanian dicipta pada zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming, dan Ching.
    5. Sistem penanaman secara bergilir diperkenalkan bagi menjaga kesuburan tanah.
    6. Kawasan bukit diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang.
    7. Sistem pengairan  (pembinaan terusan) dibina bagi memperoleh sumber air dalam pertanian terkawal.
    8. Kawalan terhadap banjir diberi tumpuan besar dengan meng-gunakan terusan yang dibina.
  4. Perusahaan tembikar dan logam telah berkembang sejak Dinasti Han.
  5. Hasil perusahaan tersebut diperdagangkan ke kawa¬san di luar China.
  6. Mulanya, hasil-hasil ini di-bawa menerusi jalan darat, iaitu jalan Sutera Darat. Kemudian, jalan laut digunakan pada zaman Dinasti Tang.
  7. Sebagai bukti, terdapat tembikar China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal di Alam Melayu, India, Timur Tengah, dan Barat.
  8. Hasil perusahaan China juga didagangkan dalam negeri sendiri.
  9. Persatuan perdagangan telah muncul yang kemudian membawa kcpada kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar.
  10. Faktor yang mencetuskan perkembangan ekonomi yang pesat ialah kemajuan dalam sistem perhubungan seperti pembinaan jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan.

Leave a Comment