Peningkatan Sosial

Pendidikan dalam Tamadun Yunani.

  1. Dalam Tamadun Yunani, khasnya di Athens, pendidikan bertujuan untuk melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannya dari segi rohani dan jasmani.
  2. Bagi orang Athens,  manusia yang cemerlang merupakan mereka yang dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikal.
  3. Manusia yang cemerlang sahaja dianggap dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan ke-hidupan manusia.
  4. Oleh itu, perkara-perkara yang diberi penekanan di Athens termasuklah pendidikan, sukan, kesusasteraan, muzik, membaca, menghafal, menulis, dan seni berpidato.
  5. Matlamat pendidikan di Sparta berbeza, iaitu untuk melahirkan warganegara tentera yang gagah, sempurna, dan setia kepada negara kotanya.
  6. Pendidikan di Sparta lebih menekankan latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata.
    Pendidikan berkembang di Yunani apabila banyak sekolah falsafah didirikan.
  7. Sekolah-sekolah falsafah telah berkembang di beberapa negara kota seperti Athens, Elea, Thebes, dan Miletus.
  8. Athens terkenal sebagai pusat cendekiawan Yunani yang penting semasa pemerintahan Pericles.
    Tokoh-tokoh yang dilahirkan dari sekolah tersebut ialah:
    Sejarawan Herodotus dan Thucydides.
    Pemikir Sains dan Teknologi Thales, Anaximander,
    Heraclitus, dan Anaxagoras.

Pendidikan di Rom

  1. Menekankan aplikasi ilmu yang praktikal dan semangat setia kepada Rom.
  2. Akibatnya Rom dapat menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam bagi kesejahteraan rakyatnya.
  3. Pada tahap awal perkembangan ilmu di Rom, pihak Rom telah mengambil dan menyerap unsur dari Yunani.
  4. Pusat pendidikan dan ilmu telah berkembang pesat di bandar-bandar di seluruh empayar Rom.
  5. Kejayaan pusat pendidikan di Rom.
  6. Melahirkan jurutera yang herjaya membina bangunan besar, sistem pengairan, dan jalan raya.
  7. Melahirkan ahli falsafah sejarawan yang terlibat dalam penulisan sejarah kegemilangan Rom.

Pendidikan Dalam Tamadun India

  1. Pendidikan mengalami peningkatan pada Zaman Vedik.
  2. Ia mementingkan keagamaan dan agama Hindu menjadi teras pendidikan.
  3. Pendidikan dikuasai oleh kaum lelaki sahaja pada zaman tersebut.
  4. Kaum wanita tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan pendidikan.
  5. Tumpuan diberi kepada pembelajaran kitab- kitab Veda dan bahasa Sanskrit.
  6. Kaedah hafalan digunakan untuk mengkaji kitab-kitab secara mendalam.
  7. Tujuan pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha ialah bagi menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati.
  8. Tumpuan pendidikan ialah dalam hal agama.
  9. Mereka mempelajari hukum-hukum agama untuk hidup sempurna dengan nilai-nilai murni yang diperoleh daripada ajaran agama.
  10. Pendidikan tinggi bermula sejak tahun 100 S.M. di Kolej Brahman.
  11. Sebelum ini, pendidikan hanya diberikan di istana dan di rumah.
  12. Universiti agama Buddha bernama Nalanda didirikan pada kurun ke-4 Masihi.
  13. Cara mencapai taraf sebagai Brahmin yang berpendidikan.
    1. Menghafal pelbagai buku agama, khasnya Veda yang terdiri daripada peraturan ritual, mantera, dan lagu-lagu agama.
    2. Mempelajari karya saintifik dan falsafah.
  14. Pendidikan di India dapat meningkatkan ilmu sains seseorang individu.
  15. Tujuan pendidikan di India
    1. Menambahkan ilmu.
    2. Membasmi buta huruf.
    3. Memperoleh jawatan dalam pemerintahan.

Pendidikan Dalam Tainadun China

  1. Masyarakat China sangat menghargai pendidikan, kesusasteraan, dan perniagaan.
  2. Matlamat utama pendidik-an di China ialah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan.
  3. Terdapat tiga peringkat pendidikan di China, iaitu:
    1. Peringkat sekolah rendah — tumpuan pendidikan ialah pada
      kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa memahami maknanya.
    2. Peringkat sekolah  menengah — tumpuan terhadap karangan dan sastera.
    3. Peringkat sekolah tinggi — tumpuan adalah untuk menterjemah buku suci.
  4. Pendidikan lebih terjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran China.
  5. Berikut ialah 3 tahap peperiksaan awam di China
    1. Tahap pertama (HsiuTai)
      • Setaraf dengan ijazah pertama.
      • Dijalankan di peringkat daerah.
      • Individu yang lulus tahap atau ijazah pertama berpeluang menjadi pegawai kerajaan.
      • Peperiksaan awam tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun.
    2. Tahap kedua (Chun-Jen)
      • Setaraf dengan sarjana.
      • Dijalankan di ibu kota daerah.
      • Peperiksaan awam tahap kedua  diadakan tiga tahun sekali.
    3. Tahap ketiga (Chin Shih)
      • Setaraf dengan doktor falsafah yang  terdapat pada zaman moden ini.
      • Dijalankan di ibu kota empayar
        yang bertempat di istana, iaitu di hadapan maharaja.
      •  Individu yang lulus ijazah ketiga  layak menjadi pendidik.
      • Peperiksaan awam tahap ketiga  diadakan tiga tahun sekali.

Leave a Comment