Sistem Perundangan

  1. Sistem perundangan bertujuan untuk mengawal segala tindakan manusia di dalam sebuah masyarakat.
  2. Pelbagai masalah akan timbul sekiranya tidak ada sistem perundangan.

Sistem Perundangan Tamadun Yunani

  1. Dewan Perhimpunan berfungsi menggubal
    undang-undang.
  2. Plato dalam bukunya Republic menekankan kepentingan undang-undang.
  3. Mengikut pandangan Plato, negara patut diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka cekap, terbaik, dan berupaya menggubal undang-undang.

Sistem Perundangan Tamadun Rom

  1. Undang-undang yang pertama ialah Hukum Kanun 12 atau Papan Dua Belas.
  2. Undang-undang tersebut dipahat pada kayu dan diletakkan di tempt awam untuk perhatian rakyat.
  3. Hukum Kanun 12 merupakan undang-undang
    adat Rom dan kekal selama 400 tahun.
  4. Undang-undang awal Rom wujud pada Zaman Republik.
  5. Maharaja Justinian telah mengumpul, menyatukan, dan membukukan undang-undang Rom dan memperkenalkan Kod Undang-Undang Rom. (527 S.M.).
  6. Kod tersebut juga dikenal sebagai Undang-Undang Justinian.
  7. Inti pati undang-undang tersebut masih kekal sehingga hari ini.

Sistem Perundangan Tamadun India

  1. Undang-undang menjadi aspek penting untuk mengkaji perjalanan kerajaan serta keberkesanan pentadbiran.
  2. Kitab undang-undangĀ  yang tertua ialah kitab
    Dharma Sastra.
  3. Kitab tersebut dihasilkan antara kurun ke-6 hingga kurun ke-2 S.M.
  4. Raja bertanggungjawab memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang.
  5. Tindakan atau denda dikenakan terhadap sesiapa yang melakukan kesalahan.
  6. Tindakan adalah berdasarkan betapa serius kesalahan berkenaan.
  7. Golongan Brahmin juga memainkan peranan
    penting dalam urusan undang-undang.
  8. Ini disebabkan mereka mahir tentang hukum-hakam terutama yang berkaitan dengan keagamaan.
  9. Undang-undang maharaja disampailkan sebagai titah dan perintah diraja pada zaman Dinasti Maurya.
  10. Semua titah perintah itu diukir pada tiang batu yang diletakkan di tepi jalan untuk pengetahuan rakyat.
  11. Tiang tersebut dikenal sebagai Tiang Asoka kerana tiang didirikan pada zaman pemerintahan Asoka.
  12. Maharaja Asoka mementingkan kesejahteraan rakyat dan ini telah menjadikan peinerintahannya adil.
  13. Kepala tiang ini telah diambil sebagai cap mohor negara selepas kemerdekaan (1947) oleh kerajaan India.

Sistem Perundangan Tamadun China

  1. Perundangan Tamadun China berteraskan dua prinsip utama iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif.
  2. Teras perundangan China adalah daripada falsafah legalisme.
  3. Undang-undang ini telah digubal dan diperkenalkan oleh Han Fei Tzu (ahli falsafah) pada zaman Dinasti Chin.
  4. Falsafah legalisme.
    1. Undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia.
    2. Undang-undang dilaksanakan tanpa rasa belas kasihan.
    3. Undang-undang danĀ  pelaksanaannya harus dipelihara tidak kira dalam apa juga keadaan.
    4. Rasionalnya ialah untuk membendung tindakan liar manusia.
    5. Raja mesti mempunyai kuasa yang utuh untuk menguatkuasakan undang-undang yang tegas.
  5. Undang-undang yang berasaskan falsafah legalisme adalah bertentangan dengan undang-undang yang berteraskan ajaran Confucius.
  6. Undang-undang yang berteraskan Confucius
    diamalkan pada zaman Dinasti Chin.
  7. Menurut ajaran Confucius, raja mestilah mempunyai pekerti baik dan menjaga keharmonian manusia serta masyarakat.

Leave a Comment