Tamadun Hwang Ho
- Tamadun Hwang Ho ber-mula di Lembah Hwang Ho atau Sungai Kuning (sungai yang kedua panjang di China).
- Kemunculan Tamadun Hwang Ho dapat dikesan daripada penemuan tengkorak sapien yang digelar sebagai Peking Men.
- Penemuan ini membuktikan bahawa wujudnya kehidupan pada Zaman Paleolitik.
- Kegiatan pertanian dan pcnternakan telah muncul pada Zaman Neolitik.
- Dinasti beraja pertama di China telah diasaskan oleh Dinasti Hsia (2205 — 1766 S.M.).
- Tetapi, tidak wujud bukti sejarah yang dapat mengesahkan kewujudan Dinasti Hsia.
- Terdapat bukti sejarah seperti jumpaan arkeologi yang membuktikan kewujudan Dinasti Shang (1766 — 1050 S.M.).
- Kezaliman pemerintahan Raja Shang telah membawa kepada kebangkitan hamba.
- Suku Chou telah menggulingkan dan menggantikan pemerintahan Shang.
- Seterusnya Dinasti Chou telah memerintah China (1050 S.M. — 256 S.M.).