Proses Pembentukan Tamadun Hwang Ho
- Hwang Ho menjadi nadi utama dalam pembentukan Tamadun Hwang Ho kerana ia menyuburkan kawasan sekitarnya.
- Tanah yang subur menarik penduduk nomad untuk mendirikan petempatan yang kekal di kawasan tersebut.
- Tempatan awal penduduk Hwang Ho ialah tapak Banpo (dekal bandar Sian moden).
- Aktiviti utama ialah pertanian, penternakan binatang, memungut hasil hutan dan memburu.
- Beberapa buah bandar telah muncul di Lembah Hwang Ho.
- Anyang dipilih menjadi pusat kerajaan Dinasti Shang.
- Semasa Dinasti Shang, usaha perluasan wilayah dan penyebaran budaya ke kawasan sekitar Lembah Hwang Ho berlaku.
- Semasa Dinasti Chou, Tamadun Hwang Ho tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze.