Sumbangan Tamadun Indus
- Masyarakat Indus mempunyai keupayaan dan kebolehan mengeksploitasi kelebihan
yang mereka miliki untuk memudahkan kehidupan mereka. - Mereka berjaya meng-eksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan harian.
- Tamadun Indus terkenal dengan perancangan bandar¬bandarnya.
- Contoh Bandar-bandar yang terancang ialah Harappa dan Mohenjo-Daro.
- Perancangan bandar memerlu¬kan pemahaman tentang ilmu geometri, matematik, dan ke-senian .
- Bandar-bandar menjadi tersusun kerana pemahaman geometri basil daripada pertembungan Tamadun Indus dengan Tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
- Bandar disusun berasaskan bentuk segi empat yang diikuti oleh jalan raya yang lurus.
- Hubungan dengan Tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba membawa faedah seperti pertukaran teknologi dan sebagainya.
- Kematangan tamadun ini terbukti melalui pencapaian yang cemerlang dalam berbagai-bagai bidang, termasuklah perancangan bandar, aktiviti ekonomi, aspek kerohanian, dan kepercayaan.