Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah
by
Mengapakah masyarakat Arab Quraisy tidak dapat menerima Islam?
Masyarakat Arab Quraisy tidak dapat menerima Islam kerana F1 perbezaan dari segi kepercayaan F2 Islam berasaskan kepecayaan kepada Allah s.w.t. F3 Quraisy pula menyembah patung berhala F4 ajaran Islam berdasarkan persamaan taraf F5 Quraisy pula mengamalkan perbezaan darjat F6 Islam berdasarkan konsep ‘Persaudaraan Islam’ F7 Quraisy pula mengamalkan konsep ‘asabiyah’ F8 amalan Quraisy spt mencuri, menindas dilarang dlm Islam F9 tanggapan salah terhadap tugas nabi F10 menggugat ekonomi Arab Quraisy
Nyatakan cara penentangan terhadap Islam oleh Arab Quraisy.
Cara penentangan terhadap Islam oleh Arab Quraisy ialah F1 Nabi Muhammad s.a.w. dicemuh, tohmahan dan tuduhan F2 mengganggu ketika beribadat F3 penyair Arab mengejek ajaran Islam melalui puisi mereka F4 memujuk nabi meninggalkan dakwah Islamiah F5 menawarkan harta, kedudukan dan wanita cantik F6 melakukan permulauan terhadap nabi dan keluarganya F7 Percubaan membunuh Nabi Muhammad s.a.w.
Apakah bentuk pemulauan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarganya?
Bentuk pemulauan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarganya ialah F1 Tidak menjalankan aktiviti jual beli F2 Tidak memberikan sebarang bentuk pertolongan F3 Tidak berkahwin dengan anggota keluarga nabi
Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w. menyelesaikan masalah penentangan terhadap Islam?
Nabi Muhammad s.a.w. menyelesaikan masalah penentangan terhadap Islam dengan F1 membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah F2 pergi ke Taif untuk menyebarkan Islam F3 tidak pernah berputus asa F4 menerima dengan sabar dan cekal F5 membuat Perjanjian Aqabah I dan II dengan penduduk Madinah F6 berhijrah ke Madinah F7 menjadikan Madinah sebagai tapak penyebaran Islam yang baru