Ciri-ciri Tamadun Indus
- Petempatan kekal di lembah sungai telah membawa kepada pembentukan bandar terancang.
- Ciri-ciri bandar di Lembah Indus:
- Bandar dibahagi kepada dua Bahagian dan dikelilingi oleh tembok.
- Bahagian utama bandar:
- Merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan.
- Bahagian ini menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untul upacara ritual dan pembersihan dan tempat penyi m pan – an hasil pertanian.
- Bahagian kedua bandar:
- Kawasan perumahan.
- Bahagian utama bandar:
- Bandar dibahagi kepada dua Bahagian dan dikelilingi oleh tembok.
- Bandar-bandar di Tamadun Indus adalah bandar terancang.
- Perancangan bandarnya dibantu oleh faktor-faktor yang berikut:
- Kemajuan ilmu geometri dan pembinaan.
- Sumbangan Tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
- Bandar-bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat.
- Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain.
- Tiap-tiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang.
- Selain jalan raya, bandar-bandar ini dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.
- Organisasi sosial Tamadun Indus.
- Tamadun Indus tidak me-ninggalkan maklumat jelas tentang organisasi sosialnya.
- Jumpaan arkeologi membayangkan masyarakat di Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan atasan dan bawahan.
- Golongan atasan.
- Terdiri daripada pendeta dan pedagang.
- Kelas atasan yang utama ialah pendeta.
- Pendeta mcmpunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat, khasnya yang melibatkan kegiatan keagamaan.
- Golongan bawahan sangat taat kepada golongan pendeta.
- Sejarawan berpendapat bahawa tampuk peme-rintahan dipegang oleh pendeta kerana tiada bukti tentang kewujudan raja di Lembah Indus.
- Golongan bawahan.
- Terdiri daripada petani dan buruh.
- Golongan petani menjalankan aktiviti pertanian dan memberikan sebahagian daripada hasilnya kepada pihak ber-kuasa.
- Golongan buruh menjalankan kerja per-buruhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina terusan, dan membina tembok di benteng.
Golongan Atasan |
|
Golongan Bawahan |
|
- Pengkhususan pekerjaan masyarakat Lembah Indus.
- Masyarakat menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, perdagangan, pertukangan, dan pembuatan.
- Mereka berdagang dengan Mesopotamia.
- Bukti wujudnya hubungan perdagangan di antara kedua-dua tamadun ialah penemuan cap mohor buatan Lembah Indus di Mesopotamia.
- Cap mohor ini dikatakan sebagai lambang pengenalan ciri seseorang atau sekumpulan pedagang.
- Hasil perdagangannya ialah emas, manik, gading gajah, dan hasil pertanian.
- Petani bercucuk tanam (menanam barli, kacang, dan sebagainya).
- Artisan terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar.
- Kepercayaan dan agama.
- Mempunyai amalan agama berdasarkan penemuan p-tung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan.
- Patung yang telah ditemui ialah patung proto-Siva.
- Objek itu menunjukkan seseorang duduk bersila dengan gaya yoga.
- Mempunyai tiga tanduk di kepalanya yang menandakan Dewa Brahma, Siva, dan Vishnu.
- Kewujudan patung proto-Siva amat penting, terutamanya dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu kemudiannya.
- Masyarakat Indus juga percaya kepada Tuhan lbu.
- Kepercayaan ini telah diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal kerana kepercayaan terhadap Tuhan Ibu juga berlaku dalam masyarakat di Mesopotamia, Asia Kecil, Syria, dan Palestin.
- Kepercayaan terhadap Tuhan Ibu dibuktikan dengan penemuan patung wanita.
- Tuhan Ibu disembah bagi melambangkan kesuburan.
- Sistem tulisan.
- Sistem tulisan yang berbentuk piktograf wujud.
- Tulisan Tamadun Indus masih menjadi misteri dan masih belum dapat ditafsirkan sehingga sekarang.