Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa 2

Nyatakan matlamat penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Matlamat penubuhan OIC ialah
F1 mengeratkan hubungan negara-negara Islam
F2 bersuara bagi kepentingan umat Islam
F3 mengekalkan keamanan antara negara-negara Islam
F4 memastikan tempat suci Islam dihormati
Apakah peranan Malaysia dalam OIC?

Peranan Malaysia dalam OIC ialah
F1 Tunku Abdul Rahman menjadi setiausaha pertama
F2 menjadi tuan rumah Persidangan OIC
F3 menyokong perjuangan rakyat Palestin yang ditindas Israel
F4 orang tengah menyelesaikan Perang Iran-Iraq
F5 menubuhkan Universti Islam Antarabangsa (UIA)
F6 memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar OIC
F7 mengesyorkan penggunaan dinar emas
Apakah faedah Malaysia menganggotai OIC?

Faedah Malaysia menganggotai OIC ialah
F1 mendapat pinjaman Bank Pembangunan Islam
F2 melaksanakan projek pembangunan
F3 mendapat bantuan menubuhkan UIA
F4 mendapat pengiktirafan daripada negara-negara OIC
F5 menjalin hubungan rapat
F6 memelihara tempat suci orang Islam
F7 menjadi tuan rumah persidangan
Apakah prinsip perjuangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)?

Prinsip perjuangan NAM ialah
F1 mengelakkan campurtangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara
F2 menghormati kedaulatan sesebuah negara
F3 menyelesaikan persengketaan melalui perundingan
F4 menghormati hak asasi Malaysia
Nyatakan usul Malaysia yang dikemukakan dalam sidang Kemuncak NAM.

Usul Malaysia yang dikemukakan dalam sidang Kemuncak
NAM ialah
F1 isu Palestin yang ditindas Israel
F2 benua Antartika dijadikan warisan dunia
F3 dasar Apartied di Afrika Selatan
F4 serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq
F5 kerjasama ekonomi negara anggota
F6 menghidupkan kembali NAM
Apakah kejayaan Malaysia selaku tuan rumah sidang Kemuncak NAM ke-13?

Kejayaan Malaysia selaku tuan rumah sidang Kemuncak
NAM ke-13 ialah
F1 penyertaan tertinggi negara anggota
F2 mendaftar negara baru Timur Leste dan Pulau Catalina
F3 menganjurkan mesyuarat tidak rasmi OIC
F4 Deklarasi Kuala Lumpur untuk menghidupkan kembali NAM
F5 penyataan bersama tentang kedudukan Palestin
F6 penyataan bersama tentang serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq
Nyatakan faedah yang diperolehi Malaysia sebagai anggota Komanwel.

Faedah yang diperolehi Malaysia sebagai anggota Komanwel ialah
F1 perjanjian pertahanan Malaysia dengan Britain
F2 bantuan tentera menghapuskan PKM
F3 bantuan pertahanan semasa konfrontasi
F4 Cukai rendah ke atas eksport
F5 menerima bantuan teknikal dan biasiswa melalui Rancangan Colombo
F6 tuan rumah Sukan Komanwel 1998
F7 tuan rumah mesyuarat CHOGM 1989
Apakah tanggungjawab anda sebagai warga global?

Tanggungjawab saya sebagai warga global ialah
F1 mematuhi undang-undang
F2 menghormati hak asasi manusia
F3 mengelakkan pencemaran
F4 menderma wang bantuan bencana alam
F5 menyokong usaha keamanan sejagat
F6 menganggotai AMAN Malaysia

Leave a Comment