Nyatakan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah tahap pertama di Damsyik.
Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah tahap pertama ialah Pentadbiran F1 perkenal sistem khalifah, wazarah, hijabah Ketenteraan F2 penubuhan jabatan ketenteraan, tentera darat, tentera laut Ilmu pengetahuan F3 Basrah menjadi pusat penyebaran ilmu Kesihatan F4 Pembinaan hospital pertama di Damsyik F5 Pembinaan hospital penyakit kusta F6 Teknik pembedahan dan rawatan selepas pembedahan F7 Membetulkan kesilapan doktor Yunani tentang peredaran darah
Jelaskan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah
tahap kedua di Sepanyol.
Antara sumbangannya ialah F1 mendirikan pusat pengajian tinggi di Cordova F2 penubuhan perpustakaan F3 pembinaan sebuah pusat penterjemahan karya tokoh Yunani F4 membina masjid Cordova F5 penubuhan baitulmal F6 pembuatan barang tembikar, barang perhiasan dari perak dan emas F7 perusahaan memproses kulit F8 membuat senjata F9 pertanian dimajukan F10 perkenalkan sistem saliran dan hasilkan benih berkualiti
Jelaskan faktor-faktor kejatuhan Bani Umaiyah.
F1 penentangan golongan mawali F2 menentang pemilihan Khalifah secara warisan F3 khalifah mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat dan ajaran Islam F4 penentangan golongan Syiah dan Khawarij
Jelaskan sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah di dalam perkembangan intelektual?
Sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah dalam intelektual ialah F1 kota Baghdad pusat intelektual F2 berlaku kegiatan penulisan F3 berlaku penterjemahan karya asing F4 membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemah F5 memelihara warisan ilmu daripada lenyap F6 ditubuhkan baitulhikmah
Apakah nilai yang boleh diambil daripada kemajuan bidang intelektual pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah?
Antara nilainya ialah F1 perlu meningkatkan ilmu pengetahuan sedia ada F2 sifat keterbukaan terhadap ilmu luar F3 perlu melahirkan ilmuwan dan ulama F4 memelihara dan menghargai ilmu F5 membaiki lagi mutu karya asal F6 membina kekuatan tamadun sendiri