Pembinaan Negara Dan Bangsa Yang Merdeka

Namakan ahli-ahli Suruhanjaya Reid.

F1 Lord Reid (Ketua) – Britain
F2 Sir Ivor Jennings – Britain
F3 Sir William Mckell – Australia
F4 Tuan B. Malik – India
F5 Tuan Abdul Hamid – Pakistan
Nyatakan isu yang menjadi panduan untuk merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka.

Isu yang menjadi panduan untuk merangka perlembagaan ialah
F1 kedudukan Raja-raja Melayu
F2 hak istimewa orang Melayu
F3 pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat
F4 pemberian kuasa autonomi kepada negeri
F5 pembentukan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu
Senaraikan syarat-syarat Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Syarat-syarat Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ialah
F1 pembentukan kerajaan persekutuan
F2 Yang Dipertuan Agong sebagai ketua negara
F3 mengamal institusi raja berpelembagaan
F4 mengamal sistem demokrasi berparlimen
F5 kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
F6 Islam agama rasmi
F7 bahasa Melayu bahasa kebangsaan
Apakah kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ialah
F1 wujud pakatan murni
F2 wujud perpaduan
F3 amal demokrasi berparlimen
F4 raja berpelembagaan
F5 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan
F6 mendapat hak mutlak mentadbir
Nyatakan sumbangan tokoh-tokoh kemerdekaan berikut:

  1. Tunku Abdul Rahman
  2. Tun Abdul Razak
  3. Tun H.S. Lee
  4. Tun V.T. Sambanthan

Tunku Abdul Rahman
F1 mengasaskan pakatan murni
F2 mengetuai Parti Perikatan
F3 mengetuai Rombongan Kemerdekaan
F4 Ketua Menteri dan Perdana Menteri pertama
Tun Abdul Razak
F5 terlibat dalam Rombongan Kemerdekaan
F6 perunding Perlembagaan Kemerdekaan
F7 Perdana Menteri yang kedua
Tun H.S. Lee
F8 pemimpin MCA
F9 memulakan kerjasama antara kaum melalui Parti Perikatan
F10 Terlibat dalam Rombongan Kemerdekaan
Tun V.T. Sambanthan
F11 Presiden MIC
F12 menyokong kerjasama antara kaum
Apakah keistimewaan cara Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan?

Keistimewaan cara Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan
ialah
F1 tanpa pertumpahan darah
F2 melalui perundingan
F3 kerjasama antara kaum
F4 pakatan murni
F5 pemimpin yang berwibawa
F6 menyatupadukan kaum

Leave a Comment