Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia

Nyatakan syarat-syarat Perjanjian Malayan Union?

Antara syarat Perjanjian Malayan Union ialah
F1 negeri Melayu disatukan
F2 pentadbiran Singapura diasingkan
F3 pentadbiran diketuai Gabenor
F4 kewarganegaraan sama rata/prinsip jus soli
F5 raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu
F6 raja hanya membincangkan soal agama dan adat
F7 Pesuruhjaya Negeri mengetuai pentadbiran negeri
Mengapakah orang Melayu menentang Malayan Union?

Orang Melayu menentang Malayan Union kerana
F1 tindakan MacMichael menggugut sultan
F2 sultan tidak diberi masa untuk berunding
F3 sultan menandatangi perjanjian atas dasar setia kawan
F4 sultan kehilangan taktha dan ketua orang Melayu
F5 bimbang agama Islam akan tercabar
F6 zakat fitrah dipungut bawah nama Gabenor
F7 kerakyatan yang longgar
F8 mengancam status quo orang Melayu
F9 jumlah orang Melayu menjadi kecil
F10 ekonomi dan pendidikan orang Melayu bertambah mundur
F11 bimbang kehilangan warisan tamadun Melayu
Nyatakan tindakan orang Melayu membantah Malayan Union?

Cara orang Melayu membantah Malayan Union ialah
F1 bantahan melalui akhbar
F2 seperti Utusan Melayu, Majlis, Warta Negara
F3 mengadakan demonstrasi secara aman
F4 menghantar telegram dan surat bantahan
F5 menubuhkan United Malay Organization (U.M.O)
F6 berkongres
F7 mengadakan rapat umum
F8 Raja-raja Melayu menyatakan bantahan
F9 memulaukan ucapara pengisytiharan MU
F10 bergabung selama tujuh hari
Pada pendapat anda, apakah akan terjadi sekiranya Malayan Union terus dilaksanakan di Tanah Melayu?

Pada pendapat saya ialah
F1 pentadbiran disatukan dalam satu unit poliitik
F2 negara kesatuan terbentuk
F3 kuasa raja-raja Melayu hilang
F4 bilangan penduduk asal menjadi kecil
F5 bilangan kaum pendatang bertambah
F6 Tanah Melayu kekal sebagai tanah jajahan
F7 semua penduduk mempunyai hak yang sama
F8 hak istimewa orang Melayu hilang
F9 penentangan orang Melayu akan berpanjangan
F10 suasana tidak aman/rusuhan kaum
F11 agama Islam tercabar
F12 ekonomi dikuasai kaum pendatang
F13 orang Melayu terus mundur
F14 orang Melayu hilang warisan bangsa
F15 perpaduan Melayu semakin kukuh
Nyatakan iktibar daripada peristiwa penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union?

Iktibar daripada peristiwa penentangan orang Melayu
terhadap Malayan Union ialah
F1 perlu bertegas dalam menyatakan bantahan
F2 perpaduan dalam kalangan orang Melayu
F3 mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar dibuat
F4 berhati-hati dengan tindakan orang asing
F5 pentingnya pemimpin berwibawa
F6 kepentingan sesebuah organisasi seperti UMNO

Leave a Comment