Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

Mengapakah masyarakat Arab Quraisy tidak dapat menerima Islam?

Masyarakat Arab Quraisy tidak dapat menerima Islam kerana
F1 perbezaan dari segi kepercayaan
F2 Islam berasaskan kepecayaan kepada Allah s.w.t.
F3 Quraisy pula menyembah patung berhala
F4 ajaran Islam berdasarkan persamaan taraf
F5 Quraisy pula mengamalkan perbezaan darjat
F6 Islam berdasarkan konsep ‘Persaudaraan Islam’
F7 Quraisy pula mengamalkan konsep ‘asabiyah’
F8 amalan Quraisy spt mencuri, menindas dilarang dlm Islam
F9 tanggapan salah terhadap tugas nabi
F10 menggugat ekonomi Arab Quraisy
Nyatakan cara penentangan terhadap Islam oleh Arab Quraisy.

Cara penentangan terhadap Islam oleh Arab Quraisy ialah
F1 Nabi Muhammad s.a.w. dicemuh, tohmahan dan tuduhan
F2 mengganggu ketika beribadat
F3 penyair Arab mengejek ajaran Islam melalui puisi mereka
F4 memujuk nabi meninggalkan dakwah Islamiah
F5 menawarkan harta, kedudukan dan wanita cantik
F6 melakukan permulauan terhadap nabi dan keluarganya
F7 Percubaan membunuh Nabi Muhammad s.a.w.
Apakah bentuk pemulauan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarganya?

Bentuk pemulauan kepada Nabi Muhammad
s.a.w. dan keluarganya ialah
F1 Tidak menjalankan aktiviti jual beli
F2 Tidak memberikan sebarang bentuk pertolongan
F3 Tidak berkahwin dengan anggota keluarga nabi
Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w. menyelesaikan masalah penentangan terhadap Islam?

Nabi Muhammad s.a.w. menyelesaikan masalah penentangan terhadap Islam dengan
F1 membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah
F2 pergi ke Taif untuk menyebarkan Islam
F3 tidak pernah berputus asa
F4 menerima dengan sabar dan cekal
F5 membuat Perjanjian Aqabah I dan II dengan penduduk Madinah
F6 berhijrah ke Madinah
F7 menjadikan Madinah sebagai tapak penyebaran Islam yang baru

Leave a Comment