Ciri-ciri Tamadun Indus

Ciri-ciri Tamadun Indus

  1. Petempatan kekal di lembah sungai telah membawa kepada pembentukan bandar terancang.
  2. Ciri-ciri bandar di Lembah Indus:
    1. Bandar dibahagi kepada dua Bahagian dan dikelilingi oleh tembok.
      1. Bahagian utama bandar:
        • Merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan.
        • Bahagian ini menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untul upacara ritual dan pembersihan dan tempat penyi m pan – an hasil pertanian.
      2. Bahagian kedua bandar:
        • Kawasan perumahan.
  3. Bandar-bandar di Tamadun Indus adalah bandar terancang.
  4. Perancangan bandarnya dibantu oleh faktor-faktor yang berikut:
    1. Kemajuan ilmu geometri dan pembinaan.
    2. Sumbangan Tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
  5. Bandar-bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat.
  6. Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain.
  7. Tiap-tiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang.
  8. Selain jalan raya, bandar-bandar ini dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.
  9. Organisasi sosial Tamadun Indus.
    1. Tamadun Indus tidak me-ninggalkan maklumat jelas tentang organisasi sosialnya.
    2. Jumpaan arkeologi membayangkan masyarakat di Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan atasan dan bawahan.
    3. Golongan atasan.
      1. Terdiri daripada pendeta dan pedagang.
      2. Kelas atasan yang utama ialah pendeta.
      3. Pendeta mcmpunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat, khasnya yang melibatkan kegiatan keagamaan.
      4. Golongan bawahan sangat taat kepada golongan pendeta.
      5. Sejarawan berpendapat bahawa tampuk peme-rintahan dipegang oleh pendeta kerana tiada bukti tentang kewujudan raja di Lembah Indus.
    4. Golongan bawahan.
      1. Terdiri daripada petani dan buruh.
      2. Golongan petani menjalankan aktiviti pertanian dan memberikan sebahagian daripada hasilnya kepada pihak ber-kuasa.
      3. Golongan buruh menjalankan kerja per-buruhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina terusan, dan membina tembok di benteng.
Golongan Atasan
  • Pemerintah daripada
  • kalangan pendeta
  • Pendeta dan
  • Pedagang
Golongan Bawahan
  • Petani
  • Buruh
  • Hamba
  1. Pengkhususan pekerjaan masyarakat Lembah Indus.
    1. Masyarakat menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, perdagangan, pertukangan, dan pembuatan.
    2. Mereka berdagang dengan Mesopotamia.
    3. Bukti wujudnya hubungan perdagangan di antara kedua-dua tamadun ialah penemuan cap mohor buatan Lembah Indus di Mesopotamia.
    4. Cap mohor ini dikatakan sebagai lambang pengenalan ciri seseorang atau sekumpulan pedagang.
    5. Hasil perdagangannya ialah emas, manik, gading gajah, dan hasil pertanian.
    6. Petani bercucuk tanam (menanam barli, kacang, dan sebagainya).
    7. Artisan terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar.
  2. Kepercayaan dan agama.
    1. Mempunyai amalan agama berdasarkan penemuan p-tung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan.
    2. Patung yang telah ditemui ialah patung proto-Siva.
      1. Objek itu menunjukkan seseorang duduk bersila dengan gaya yoga.
      2. Mempunyai tiga tanduk di kepalanya yang menandakan Dewa Brahma, Siva, dan Vishnu.
    3. Kewujudan patung proto-Siva amat penting, terutamanya dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu kemudiannya.
    4. Masyarakat Indus juga percaya kepada Tuhan lbu.
    5. Kepercayaan ini telah diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal kerana kepercayaan terhadap Tuhan Ibu juga berlaku dalam masyarakat di Mesopotamia, Asia Kecil, Syria, dan Palestin.
    6. Kepercayaan terhadap Tuhan Ibu dibuktikan dengan penemuan patung wanita.
    7. Tuhan Ibu disembah bagi melambangkan kesuburan.
  3. Sistem tulisan.
    1. Sistem tulisan yang berbentuk piktograf wujud.
    2. Tulisan Tamadun Indus masih menjadi misteri dan masih belum dapat ditafsirkan sehingga sekarang.

Leave a Comment