Tamadun Manusia

Maksud Tamadun

  1. Tamadun bererti peradaban.
  2. Perkataan TAMADUN berasal daripada bahasa Arab contohnya mudun, madain dan madana. ia membawa makna ‘tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar’.
  3. Perkataan CIVILIZATION ialah perkataan dalam bahasa Inggeris yang sama maksud dengan tamadun. Ia berasal daripada perkataan Greek iaitu civitas yang bermaksud bandar.
  4. Bagi masyarakat barat, konsep tamadun barat adalah berkaitan dengan pembangunan lahiriah (kebendaan) seperti penulisan, kesenian, undang – undang dan perbandaran.
  5. Berikut ialah pandangan beberapa orang sarjana barat tentang konsep tamadun.
    1. Gordon Childe – pencapaian lahiriah ialah kayu ukur kemajuan tamadun
    2. Darcy Riberio dan R.A. Buchanan – menekan kepentingan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun serta menolak sumbangan unsur rohaniah dalam tamadun.
    3. Richard Sullivan – unsur rohaniah mempunyai peranan yang sangat penting dalam pembangunan tamadun
  6. Bagi sarjana Islam, konsep tamadun meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Mengikut Syed Naquib al-Atas, tamadun mengambil kira kemajuan tatasusila dan kebudayaan yang luhur.

Leave a Comment