Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya

Nyatakan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah tahap pertama di Damsyik.

Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah tahap pertama ialah
Pentadbiran
F1 perkenal sistem khalifah, wazarah, hijabah
Ketenteraan
F2 penubuhan jabatan ketenteraan, tentera darat, tentera laut
Ilmu pengetahuan
F3 Basrah menjadi pusat penyebaran ilmu
Kesihatan
F4 Pembinaan hospital pertama di Damsyik
F5 Pembinaan hospital penyakit kusta
F6 Teknik pembedahan dan rawatan selepas pembedahan
F7 Membetulkan kesilapan doktor Yunani tentang peredaran darah

Jelaskan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah

tahap kedua di Sepanyol.

Antara sumbangannya ialah
F1 mendirikan pusat pengajian tinggi di Cordova
F2 penubuhan perpustakaan
F3 pembinaan sebuah pusat penterjemahan
karya tokoh Yunani
F4 membina masjid Cordova
F5 penubuhan baitulmal
F6 pembuatan barang tembikar, barang perhiasan dari perak dan emas
F7 perusahaan memproses kulit
F8 membuat senjata
F9 pertanian dimajukan
F10 perkenalkan sistem saliran dan hasilkan benih berkualiti
Jelaskan faktor-faktor kejatuhan Bani Umaiyah.

F1 penentangan golongan mawali
F2 menentang pemilihan Khalifah secara warisan
F3 khalifah mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat dan ajaran Islam
F4 penentangan golongan Syiah dan Khawarij
Jelaskan sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah di dalam perkembangan intelektual?

Sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah dalam intelektual ialah
F1 kota Baghdad pusat intelektual
F2 berlaku kegiatan penulisan
F3 berlaku penterjemahan karya asing
F4 membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemah
F5 memelihara warisan ilmu daripada lenyap
F6 ditubuhkan baitulhikmah
Apakah nilai yang boleh diambil daripada kemajuan bidang intelektual pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah?

Antara nilainya ialah
F1 perlu meningkatkan ilmu pengetahuan sedia ada
F2 sifat keterbukaan terhadap ilmu luar
F3 perlu melahirkan ilmuwan dan ulama
F4 memelihara dan menghargai ilmu
F5 membaiki lagi mutu karya asal
F6 membina kekuatan tamadun sendiri

Leave a Comment